Peranan sebagai pegawai penyelia koperasi
1.
Sebagai seorang pegawai penyelia, tuan/puan
mestilah mempunyai ilmu yang baik mengenai perundangan koperasi, pengurusan
koperasi dan segala hal yang berkaitan dengan hal –ehwal koperasi.
2.
Pegawai mesti yakin bahawa prinsip dan falsafah
koperasi mesti di dukung supaya roh koperasi hidup dalam setiap koperasi yang
diselia
3.
Diantara peranan kita sebagai pegawai penyelia
koperasi adalah:-
a.
Menasihat dan membimbing koperasi dalam hal
peraturan koperasi
b.
Memberi idea dan pandangan mengenai aktiviti
yang koperasi hendak jalankan. Pastikan aktiviti koperasi itu diperlukan olah
majority anggota koperasi, tidak menindas anggota dengan bayaran yang melampau.
c.
Menjadi orang tengah dalam perselisihan pendapat
antara lembaga dan anggota
d.
Memaklumkan kejayaan koperasi kepada orang
ramai, sebagai satu usaha untuk mempromosikan kelebihan berkoperasi
e.
Menyediakan laporan mengenai perangkaan
koperasi. Ini semua sebagai maklumat perancangan masa depan gerakan koperasi
4.
Dalam kaedah penyeliaan ini, pejabat penyeliaan
perlu ada system yang baik dalam memantau perjalanan sesebuah koperasi itu.
Sistem yang ada mampu mengesan masalah diperingkat awal lagi. Pastikan ada
laporan dari pegawai yang menyelia kepada pegawai atasannya. Highlight isu –isu
yang perlu diberitau kepada pengurusan atasan. Diantara isu-isu yang perlu
dipantau ialah:-
a.
Kewangan koperasi yang makin susut, isu cash
flow yang meruncing
b.
Keanggotaan koperasi yang trend menurun
c.
Lembaga koperasi lama tidak bermesyuarat seperti
yang dikehendaki oleh undang-undang kecil koperasi
d.
Akaun koperasi tidak kemaskini
e.
Terdapat unsur salah laku lembaga
f.
Koperasi menidas anggota melalui kos
perkhidmatan yang mahal dan tidak munasabah
g.
Mendapatkan keuntungan berlebihan dari anggota
5.
Sebagai pegawai penyelia, kita perlu mempunyai
hubungan yang baik tetapi dalam masa yang sama koperasi menghormati peranan
kita. Jangan pula kita terpengaruh dengan lembaga koperasi yang menyebabkan
kita tidak bertindak dengan sewajarnya. Beberapa tips yang boleh dikongsi
apabila menyelia koperasi ini ialah:-