Wednesday, 5 September 2018

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

PERANAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA( SKM)

SKM merupakan agensi kerajaan yang melaksanakan dwifungsi iaitu pengawalseliaan dan pembangunan Gerakan Koperasi di negara ini. Seksyen 4 Akta SKM, memperuntukkan objektif SKM iaitu:
(a)    merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;
(b)        menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan; dan
(c)        mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.
Bagi mencapai objektif penubuhan SKM, kerajaan telah memperuntukkan kuasa-kuasa dan fungsi SKM seperti berikut:
(a)        untuk menggalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor koperasi;
(b)        untuk bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi;
(c)        untuk menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur;
(d)        untuk memelihara nilai dan prinsip koperasi;
(e)        untuk mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya;
(f)          untuk mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi;
(g)  untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk koperasi;
(h)    untuk menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi; dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi di bawah
mana-mana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.


PHOTO 2018 07 04 15 51 33

Sehingga tahun 2017, gerakan koperasi di Malaysia telah menyumbang perolehan sebanyak RM40.24 bilion iaitu peningkatan sebanyak 1.5% berbanding tahun 2016  (RM39.66 bilion). Manakala, jumlah syer anggota kopeasi ialah RM14.35 bilion, aset RM139.68 bilion dan keanggotaan 6.5 juta orang. Sehingga 30 Jun 2018, sebanyak 14,094 koperasi telah didaftarkan

No comments:

Post a Comment