Saturday, 13 June 2015

HALATUJU KOPERASI HARTANAH

RUMUSAN KAJIAN SEMULA DASAR KOPERASI NEGARA (DKN2) : SEKTOR PEMBANGUNAN HARTANAH DAN INDUSTRI PEMBINAAN MENJELANG TAHUN 2020




  1. OBJEKTIF SEKTOR


    1. Meningkatkan bilangan koperasi yang terlibat dalam urusniaga dan pelaburan hartanah sekurang-kurangnya 3,000 buah koperasi.


    1. Meningkatkan nilai dalam industri hartanah sekurang-kurangnya RM5bil pada tahun 2020.


    1. Memperkasa rantaian nilai koperasi dalam sektor pembangunan hartanah dan industri pembinaan sekurang-kurangnya 4 buah koperasi membekalkan bahan binaan.


  1. ISU DAN CABARAN


Antara cabaran dan isu yang dihadapi oleh koperasi dalam sektor hartanah koperasi ini antaranya adalah seperti berikut:-


    1. Keperluan modal yang tinggi.


    1. Kurang kepakaran dalam menguruskan projek.


    1. Birokrasi kerajaan tempatan, yang mana memerlukan banyak kelulusan daripada pihak penguasa tempatan.


    1. Merupakan satu aktiviti perniagaan yang kompleks yang memerlukan pengetahuan dan maklumat  yang baik.


    1. Kos yang tidak dijangka kerana faktor harga bahan binaan yang tidak menentu.


    1. Tiada jati diri berkoperasi. Setengah koperasi kurang peka dengan keperluan anggota yang memerlukan rumah mampu milik.


    1. Persaingan dengan pemaju swasta.

  1. KATEGORI PENILAIAN HARTANAH


    1. Pemilikan bangunan kediaman/komersil adalah berkaitan aset hakmilik koperasi dan yang menjana pendapatan.


    1. Pelaburan hartanah adalah pembelian aset oleh koperasi untuk satu jangka masa tertentu yang  dijual/dilabur semula untuk memperoleh keuntungan.


    1. Pemilikan dan pajakan tanah adalah berkaitan aset milik koperasi yang dapat menjana pendapatan.


    1. Industri pembinaan bermaksud koperasi bertindak sebagai kontraktor dan pemaju hartanah.


    1. Real Estate Investment Trust (REIT) atau pelaburan amanah harta tanah merupakan pelaburan hartanah dalam bentuk unit amanah yang dikumpul dari pelabur dan diuruskan oleh koperasi melalui pembelian, penyewaan dan penjualan hartanah.


  1. MENGIMBAS PENCAPAIAN 2011-2014


Bil.
Aktiviti
Pencapaian 2013
(RM Bilion)
Pencapaian 2014
(RM Bilion)
Sasaran 2020

(RM Bilion)
1.
Pemilikan bangunan komersil dan kediaman
1.08b
1.48b
2.9b
2.
Pemilikan tanah
0.89b
1.25b
3.
Pelaburan hartanah
0.23b
0.13b

Jumlah
2.20b
2.86b
Ulasan pencapaian


    1. Berlaku peningkatan pencapaian nilai pemilikan scara keseluruhan oleh koperasi daripada RM2.20b kepada RM2.86b sebanyak 30 peratus.


    1. Peningkatan dapat dilihat pada pemilikan bangunan komersil dan kediaman sebanyak 37 peratus dan pemilikan tanah sebanyak 40 peratus. Walau bagaimanapun penurunan sebanyak 43 peratus dilihat pada pelaburan hartanah.


  1. KAJIAN SEMULA PENCAPAIAN DAN SASARAN TAHUN 2015


    1. Kajian Semula DKN2


Satu kajian semula dibuat berdasarkan faktor berikut:


    1. peluasan skop kepada kategori hartanah;


    1. sumbangan aktiviti hartanah merupakan tulang belakang pertumbuhan ekonomi Negara;


      • secara keseluruhannya berlaku peningkatan transaksi kediaman pada tahun 2014 iaitu 27.2% (sumber Rahim & Co. Charted Surveyor)


    1. trend pelaburah hartanah meningkat;


    1. menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan bumiputera;


    1. dasar semasa kerajaan yang menggalakkan pembinaan rumah mampu milik;


    1. Agenda dalam RMK11 bagi menjadikan koperasi sebagai pemangkin dalam membantu anggota untuk mendapatkan kediaman; dan


    1. mendapatkan data yang tepat dan bermakna (to have a meaningful and accurate data).


    1. Aktiviti yang dikategorikan di bawah Sektor Pengurusan Hartanah telah diperluaskan seperti berikut:-


  1. Pemilikan bangunan komersil dan kediaman;
  1. Pelaburan hartanah;
  1. Pemilikan dan pajakan tanah;
  1. Industri pembinaan; dan
  1. Pelaburan amanah harta tanah (REIT).

    1. Faktor Pendorong


  1. Faktor mendorong sektor hartanah dan industri pembinaan adalah:


      1. Permintaan terhadap rumah kediaman dan bangunan komersil yang meningkat.


      1. Tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyediakan rumah mampu milik kepada anggota dan orang awam.


  1. Menyahut Dasar Perumahan Negara (DPN) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri


      1. Gerakan koperasi yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara secara tidak langsung.


      1. merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara maju.


      1. Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.


    1. Sasaran 2015 – 2020


  1. Semasa DKN2 digubal, pertumbuhan sektor hartanah dan industri pembinaan disasarkan pada 6 peratus untuk tahun 2020.


  1. Berdasarkan kepada pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2015 yang dijangkakan meningkat antara 5 hingga 6 peratus, maka sasaran pertumbuhan sektor pembangunan hartanah koperasi  dipinda kepada 5 hingga 10 peratus setahun.


  1. Semakan dan kajian kepada data koperasi yang dikumpul, juga melibatkan pecahan perolehan koperasi mengikut aktiviti.



    1. Pertumbuhan ekonomi Negara dalam sektor hartanah di antara 5 hingga 10 peratus sebagai penanda aras oleh sektor ini dan disasarkan unjuran pertumbuhan sumbangannya adalah seperti berikut:


Bil.
Aktiviti
Sasaran Pertumbuhan
Pencapaian 2014
Sasaran 2015
Sasaran 2016
Sasaran 2017
Sasaran 2018
Sasaran 2019
Sasaran 2020
(%)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
(RM'bil)
1
Pemilikan bangunan komersil dan kediaman
6
1.48
1.57
1.66
1.76
1.87
1.98
2.10
2
Pelaburan hartanah
10
0.13
0.14
0.16
0.17
0.19
0.21
0.23
3
Pemilikan dan pajakan tanah
6
1.25
1.33
1.40
1.49
1.58
1.67
1.77
4
Industri pembinaan
10
-
0.50
0.55
0.61
0.67
0.73
0.81
5
Pelaburan amanah harta tanah (REIT)
5
-
-
-
0.30
0.32
0.33
0.35

Jumlah

2.86
3.54
3.77
4.33
4.62
4.93
5.26


Nota:

  1. Terdapat 202 buah koperasi terlibat secara langsung dalam sektor hartanah sehingga tahun 2014.
  2. Walau bagaimanapun terdapat tidak kurang 2,200 buah koperasi terlibat secara tidak langsung (selain fungsi perumahan dan hartanah) dalam sektor ini.

Thursday, 23 April 2015

Mesyuarat Agung Koperasi

Sekarang ini musim koperasi mengadakan mesyuarat agung. Kos mengadakanya pun tinggi tapi perlu dibuat. Akaun koperasi berakhir Disember 2014 yang telah diaudit oleh auditor bertauliah akan dibentang dalam mesyuarat agung nanti. Koperasi diberi tempoh dalam masa 6 bulan selepas akaun ditutup untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka. Ini keperluan Akta Koperasi. Yang datang untuk hadir dalam mesyuarat agung ni pastinya untuk mengetahui kedudukan terkini terutama kedudukan kewangan koperasi mereka, boleh bayar dividen ke tidak...tapi ada yang datang hanya untuk dapatkan elaun kehadiran saja sebab bila mesyuarat agung berjalan, mereka entah kemana!
SEbagai anggota yang baik, kita akan hadir mesyuarat sehingga tamat dan mengambil bahagian yang aktif. Kenapa perlu hadir mesyuarat agung koperasi, antaranya ialah:-

  • untuk mengetahui perkembangan terkini koperasi
  • untuk menjalankan hak sebagai anggota
  • melantik lembaga baru jika perlu
  • memberi cadangan untuk kemajuan koperasi mereka
  • menunjukkan kerjasama dan perpaduan yang erat antara anggota kerana kekuatan koperasi bergantung kepada sokongan anggota-anggotanya.
Image result for imej mesyuarat agung koperasi

Wednesday, 25 March 2015

Kenapa Gerakan Koperasi Masih Lemah

Melihat kepada perkembangan Gerakan Koperasi kita, saya berpandangan gerakan kita masih lemah kerana pertumbuhan kita tidak menyeluruh kepada semua sektor terutama dalam sektor pertanian dan industri yang kurang penglibatan koperasi dalam aktiviti ini. Kita masih bermain aktiviti berskala kecil. Kita masih belum mempunyai supermarket koperasi yang besar dan efektif seperti supermarket fairprice di Singapura. Kita belum dapat menanam konsep jika murah dan bermutu mesti beli di kedai koperasi. Kita belum mempunyai majoriti  anggota yang bangga dengan koperasi meraka. Kita masih belum mempunyai anggota koperasi yang taat setia dengan kedai koperasi mereka seperti yang berlaku di Jepun misalnya. KENAPA?
Faktor utama , pada pandangan saya ialah kurangnya kefahaman atau jati diri anggota dalam memahami konsep koperasi yang sebenar. Tiada penghayatan yang mendalam mengenai konsep dan falsafah koperasi. Senang tergugat dengan niat penting diri. sudah sampai masanya setiap koperasi wajib sediakan peruntukan kursus ilmu dan aktiviti yang boleh menanam semangat jatidiri berkoperasi ini. Masukkan dalam belanjawan koperasi. Jika konsep dan falsafah berkoperasi ini terpahat kuat dalam hati setiap anggota koperasi, mereka sebagai anggota sudah pasti peka dengan kemajuan koperasi mereka. Kerana majunya koperasi mereka bermakna majulah anggota tersebut. Faktor -faktor lain antaranya ialah:-

  • orang ramai menyertai koperasi hanya dengan niat untuk mendapat perkhidmatan koperasi itu sahaja, misalnya hendak dapatkan pinjaman yang cepat tanpa kisah dengan caj yang dikenakan
  • tidak tahu bila mesyurat agung koperasi, tidak tahu hak mereka, 
  • tidak tahu pun dimana pejabat koperasi dan ada yang tidak tahu mereka itu anggota koperasi
  • kurang majlis ilmu untuk mereka memahami konsep koperasi ini. Koperasi sebenarnya juga adalah satu bentuk dakwah ke jalan yang baik.
  • pentingkan bilangan koperasi dari kualiti koperasi - rangka penyeliaan koperasi perlu di kemaskini
  • susah mencari  mereka yang bermutu untuk dianggap tokoh koperasi, yang boleh dikenali sepertima kenalnya kita kepada Prof Di Raja Ungku Aziz