Saturday, 29 April 2023

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi

 Mengikut subseksyen 39(1), Akta Koperasi, Mesyuarat Agung hendaklah diadakan dalam tempoh 6 bulan setelah berakhirnya tahun kewangan (akaun koperasi di tutup dan diaudit.) Jika akaun berakhir bulan Disember, maknanya mesyuarat agung perlu diadakan selewat-lewatnya bulan 6. Ini keperluan Akta Koperasi, jika gagal dilaksanakan koperasi boleh didenda, boleh disabitkan kesalahan dan membawa imej yang tidak baik kepada anggota-anggota koperasi.



Tujuan kita mengadakan mesyuarat agung tahunan ni adalah untuk menilai kembali kemajuan koperasi kita dan mencari jalan untuk memprbaiki jika ada kelemahan. Kelulusan mesyuarat agung diperlukan untuk meluluskan aturan baru dan polisi baru, yang akan menjadi panduan kepada lembaga pengarah koperasi untuk menguruskan koperasi untuk tahun yang mendatang.


Isunya kenapa koperasi-kopeasi lewat atau gagal untuk mengadakan mesyuarat agung tersebut, melalui pengalaman saya, antara sebabnya ialah:-

  • tiada persiapan awal, termasuk akaun tidak diuruskan dengan baik, tidak kemaskini
  • koperasi tidak aktif, lembaga kurang berjumpa, anggota tidak dapat dikesan
  • lembaga tidak sehaluan, tiada sepakat menyebabkan tiada keputusan untuk mengadakan mesyuarat agung
  • ingin menutup kelemahan atau kesilapan, lembaga koperasi tangguh mesyuarat agung supaya anggota-anggota koperasi tidak tahu apa yang berlaku
  • tidak faham perundangan koperasi
Saya mencadangkan setiap lembaga koperasi mesti mempunyai jadual kerja, perancangan kerja tahunan, untuk lembaga bertindak mengikut perancangan  yang disusun. Dapatkan khidmat nasihat dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Setiap anggota koperasi harus berperanan mengikut  perkembangan koperasi mereka dan ambil tahu jika mesyuarat agung tidak dilaksanakan.
SKM boleh buat iklan atau papan tanda atau melalui media, bertanya "Sudahkah Koperasi Anda Mengadakan Mesyuarat Agung" , ni sebagai kempen kesedaran, disamping menerangkan keperluan koperasi mengadakan mesyuarat agungnya.


Sunday, 9 April 2023

Salam Dari Pejabat Koperasi Serbausaha Makmur Bhd (KOSMA)

 Mula dilantik sebagai Pentadbir Kosma pada 26 Mac tahun ini. Tujuan SKM melantik pentadbir apabila lembaga koperasi yang sedia ada dibubarkan . Byk sebab lembaga koperasi dibubarkan, Mengikut Seksyen 69 Akta Koperasi, antaranya lembaga koperasi telah memudaratkan koperasi, keadaan kewangan yang bahaya, tiada muafakat antara lembaga atau telah melanggar , engkar mematuhi Akta Koperasi

Mengikut taksiran orang yang dilantik sebagai pentadbir, akan  bertindak bagi pihak Suruhanjaya untuk memulihkan keadaan koperasi dan serah semula kepada lembaga baru yang dilantik melalui mesyuarat agung yang akan diuruskan oleh Pentadbir.



Sesebuah koperasi hendaklah mengelak dari tindakan pembubaran lembaga sehingga dilantik seorang pentadbir. Untuk itu, semua pihak dalam koperasi iaitu barisan lembaga koperasi, pengurusan dan  semua anggota koperasi mesti memainkan peranan yang sewajarnya. Jangan ada salah tadbir urus yang dijalankan. Kemaskini peraturan melalui kelulusan mesyuarat agung, sebagai panduan dan kelulusan untuk lembaga koperasi bertimdak.


Sebagai pentadbir, tentunya memerlukan kemahiran dan pengetahuan mengenai perjalanan sesebuah koperasi. Bagaimana nak mengawal anggota yang ramai, terutama jika koperasi itu sedang menghadapi isu yang besar. Pergeseran antara anggota yang berterusan. Keadaan aktiviti yang tidak diurus dengan baik, ada kebocuran sana sini. Matlamat koperasi tidak tercapai. Semuanya ini perlu kebijaksanaan pentadbir untuk meguruskannya sebelum diserahkan semula kepada lembaga koperasi yang baru.

Sunday, 12 March 2023

Gerakan Koperasi Boleh Membantu Membangunkan Masyarakat Madani

 

Berdasarkan harapan Perdana Menteri yang memperkenalkan  konsep MADANI dalam membangunkan negara ini. Konsep ini telah dirangka sebagai ikhtiar kerajaan  untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan. Negara – dan peradaban – yang kita citakan, dan akan bangunkan menerusi konsep M.A.D.A.N.I. - iaitu Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan. Umumnya , pada pandangan saya konsep Masyarakat  MADANI ini selari dengan konsep dan tujuan kita berkoperasi.

Dalam konsep koperasi, amalan nilai-nilai murni dalam penjalanan koperasi iaitu amanah, integreti, tanggungjawab bersama, tiada penindasan dan pembahagian yang adil melalui aktiviti yang dijalankan. Tujuan berkoperasi adalah untuk membantu sesama kita dan kebahagian bersama melalui pengurusan dan aktiviti yang koperasi jalankan. Koperasi akan pasif jika tiada kerjasama antara anggotanya. Setiap anggota mesti faham kenapa mereka menyertai koperasi.

Sejarah telah membuktikan bagaimana sesebuah koperasi itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anggota koperasi, menambahkan pendapatan mereka dan meningkatkan kerjasama serta perpaduan dalam masyarakat tersebut. Kita ambil contoh koperasi di Felda, bagaimana para peneroka bersatu dibawah koperasi, berlanggan dengan koperasi mereka dan koperasi menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan yang sewajarnya. Simpanan mereka meningkat melalui aktiviti koperasi.Koperasi juga telah menyediakan keperluan harian di kedai koperasi atau di stesyen minyak milik koperasi..


Isunya ialah bagaimana konsep koperasi ini mesti difahami dengan baik oleh masyarakt kita. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) perlu mengerakkan dan meningkatkan program-program pengembangan yang berterusan, dengan penglibatan bersama Institut Koperasi Malaysia (IKMA) dan Angkasa. Perlu ada dikalangan kita , para koperator  yang selalu bercakap mengenai perkara ini.

Sunday, 8 January 2023

Peranan Koperasi Sekolah

 Koperasi Sekolah di negara ini adalah antara yang terbaik di Dunia. Kejayaan ini diperolehi melalui kerjasama semua pihak khususnya sokongan Dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan kerajaan memperkenalkan Koperasi Sekolah ini antaranya :

  • Untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai konsep Dan aktiviti koperasi
  • Untuk memberi idea kepada para pelajar untuk memajukan diri melalui konsep koperasi apabila tamat persekolahan nanti
  • Untuk kita mendedahkan pengurusan perniagaan termasuk pengurusan kewangan
  • Untuk meningkatkn kerjasama Dan perpaduan dikalangan mereka tanpa mengira kaum Dan ugama

Namun , saya berpandangan ada berapa kelemahan yg telah dibangkitkan antaranya:  Dan boleh kita perbaiki
  • beban tugasan guru yang menjaga koperasi
  • pertindihan aktiviti antara kantin sekolah dengan kedai koperasi
  • para pelajar hanya menjadi jurujual Dan kurang penglibatan dalam pengurusan perniagaan koperasi
  • Masih kurang kefahaman tentang konsep dan prinsip koperasi
  • kurangnya garis panduan dalam pengurusan perniagaan koperasi Sekolah, perlu dikemaskini garis panduan sedia ada,
InsyaAllah, perlu duduk semula, buat penyelarasan bersama, fokus kepada objektif sebenar penubuhan koperasi Sekolah ini. 


Tuesday, 3 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023

 Salam Gerakan Koperasi, lama juga saya tidak menulis. Dah bersara bermula 30 November 2022 yang lalu, dah ada masa ni boleh lah update blog saya ni. Sedih juga meninggalkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia,, 37 tahun berkhidmat membangunkan Gerakan Koperasi dalam negara ini,  jawatan terakhir sebagai Pengerusi Eksekutif SKM. Sebagai Pengerusi Eksekutif, saya mempuntai dua peranan besar iaitu sebagai pengerusi lembaga SKM dan dalam masa yang sama sebagai Ketua Pengurusan SKM. 



Semasa menjadi Pengerusi Eksekutif, tumpuan saya kepada beberapa perkara antaranya :-
  • tekankan penyeliaan berkesan oleh pegawai skm terhadap koperasi yang diselia
  • naikkan taraf penggunaan IT dalam skm dan pengurusan koperasi
  • kemaskini semula prosedur dan garis panduan yang tidak sesuai
  • perbaiki dan tingkatkan  kebajikan kakitangan skm
  • penubuhan dan memantapkan federasi koperasi, iaitu kumpulan koperasi dalam aktiviti yang sama, supaya ada peningkatan aktivii dan hubungan antara koperasi
  • tingkatkan hubungan antara agengsi kerajaan untuk pembangunan koperasi



Sunday, 18 April 2021

Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025


 Pada 30 mac yang lalu, YAB Perdana Menteri telah melancarkan Transkom atau Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021 - 2025. Pelan ini akan membawa harapan baru kepada Gerakan Koperasi di negara ini supaya lebih tersusun , lebih berwawasan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya anggota-anggota koperasi terutama untuk mencapai matlamat kemakmuran bersama.

Perdana Menteri telah menyebut gerakan koperasi adalah sebagai  'silver bullet' dalam mencapai matlamat tersebut. ini bermakna kerajaan mengakui koperasi, jika diurus dengan baik, boleh mencapai tujuan penubuhannya, sekaligus mencapai matlamat kemakmuran bersama tersebut. Dalam pelan ini , telah dinyatakan 5 bidang yang perlu dilihat dengan tindakan sewajarnya iaitu:-

  • penerapan nilai sejati koperasi, bersamaan dengan nilai kemakmuran bersama. Program promosi peranan koperasi dan kebaikan koperasi  akan dipertingkatkan.

  • pemantapan perundangan dan kawalselia atas koperasi, Beberapa aspek perundangan yang mengekang akan dikaji semula. Koperasi akan ditentukan berjalan dengan teratur dan mencapai maksud penubuhannya.
  • pembangunan modal insan koperasi. Program untuk meningkatkan kemahiran pengurusan koperasi akan diteruskan dengan lebih tersusun. Anggota lembaga koperasi akan dipastikan mempunyai kemahiran asas dalam menguruskan koperasi dengan baik
  • pembentukan persekitaraan perniagaan koperasi yang lebih baik. Usaha telah dibuat untuk mengumpulkan koperasi mengikut sektor dibawah federasi supaya ada rantaian nilai antara mereka. Gerakan koperasi perlu bergerak dibawah satu payung yang tersusun supaya kekuatan koperasi akan lebih nampak dan berimpak.
  • Pemerkasaan badan yang mengawalselia koperasi, khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam mengawalselia gerakan koperasi di negara ini.
Pastinya pelan ini telah menetapkan sasaran untuk dicapai. Kejayaan pelan ini bergantung kepada kerjasama semua pihak termasuk anggota-anggota koperasi itu sendiri. Sebaiknya kekuatan dalaman dari pengurusan koperasi yang akan memacu kejayaan pelan ini. Untuk itu semua anggota dan pengurusan koperasi hendaklah memahami tujuan pelan ini dan bersama-sama kita menjayakannya.

Tuesday, 1 September 2020

Anggota Adalah Faktor Utama Kejayaan Koperasi

 Apakah sebenarnya faktor kejayaan sebuah koperasi.? 


Jawapannya adalah anggota yang berkualiti, yang komitmen tinggi dengan koperasi yang dianggotainya. Kenapa anggota koperasi itu penting;

  • anggota yang aktif , yang faham akan menyumbang modal untuk koperasi melalui saham atau syer koperasi. Puangan atas saham adalah dividen apabila koperasi memperolehi keuntungan  dan diputuskan dalam mesyuarat agung koperasi
  • anggota yang aktif akan berlanggan dengan koperasi. Mereka akan membeli produk dan perkhidmatan koperasi mereka. Sudah pasti koperasi akan menjual produk perkhidmatan dengan harga yang berpatutan kerana belanjawan koperasi diluluskan dalam mesyuarat agung koperasi
  • anggota yang aktif akan mengambil tau perkembangan koperasi mereka. Mereka bayar saham, mereka tambah saham, sudah pasti mereka ingin mengetahui aktiviti yang koperasi buat dari saham mereka itu. Apabila anggota mengambil tau kegiatan koperasi, sudah pasti koperasi akan diurus dengan baik. Ini pastinya meningkatkan hasil dalam koperasi.
  • anggota yang aktif adalah anggota yang berilmu. Mereka akan menyumbang idea yang bernas untuk pembangunan koperasi mereka. Kebijaksanaan anggota boleh membantu anggota lain melantik mereka menjadi lembaga koperasi. Peranan lembaga koperasi adalah untuk menentukan koperasi diurus dengan baik.
  • anggota yang aktif adalah anggota yang bermasyarakat. Koperasi adalah aktiviti berkelompok. Bukan bertindak untuk kepentingan diri. Oleh itu sifat kerjasama, sifat kerja berpasukan akan menentukan kejayaan sesebuah koperasi itu.


Friday, 17 July 2020

Anggota Koperasi Penentu Kejayaan Koperasi

Malam ni, sempat beramah mesra dengan Jawatan Kuasa Koperasi negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Dato Hashim Mamat, orang lama dalam gerakan koperasi Terengganu. Dalam ucapan saya, saya menegaskan kejayaan sesebuah koperasi adalah bergantung kepada sumbangan dan komitmen anggotanya. Ini adalah faktor utama. Kekuatan anggota ini kerana:-

  • anggota yang akan menyumbang modal kepada koperasi mereka. Apabila merreka yakin koperasi boleh memberi faedah kepada mereka, anggota akan meningkatkan sumbangan saham mereka dalam koperasi. Ini merupakan punca kewangan mudah koperasi
  • anggota yang akan melanggan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi mereka, anggota adalah pelanggan tetap
  • anggota mesti mempunyai sifat ingin tau perkembangan koperasi mereka, kehadiran mereka dalam mesyuarat agung koperasi dan memberi idea utk membangunkan koperasi.
  • anggota juga bersedia menawarkan diri untuk bekerja dengan koperasi, baik secara tetap atau sukarela
  • anggota akan mempunyai networking sesama mereka, ini akan menyebarkan maklumat koperasi untuk faedah bersama

Apabila adanya kekuatan anggota ini, kefahaman mereka yang meningkat, faktor sumbangan modal dan idea untuk membantu koperasi akan datang selepas itu. Oleh itu, koperasi hendaklah mengadakan program untuk menambah `keanggotaan, program untuk menambah pengetahuan anggota mengenai koperasi mereka dan seterusnya program networking dengan anggota mereka. Belanja dalam teknologi maklumat dan media supaya tersbarnya pengetahuan kepada anggota koperasi.

Friday, 24 April 2020

Kesan kawalan pergerakan kepada aktiviti koperasi

Koperasi mempunyai objektif memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada semua anggotanya pada kadar harga yang berpatutan. Sudah pasti kawalan pergerakan semasa wabak convid ini akan memberi kesan kepada sebahagian aktiviti koperasi. Aktiviti yang terjejas antaranya pelancungan, perhotelan, pembinaan dan hasil kraf tangan. Ini kerana kita diminta duduk dirumah untuk mencegah wabak ini merebak. Namun begitu aktiviti kedai runcit, pinjaman , arrahnu dan kesihatan tidak terjejas sangat kerana aktiviti ini diklaskan sebagai keperluan. Apa sepatutnya kita sebagai lembaga dan anggota koperasi berperanan semasa ini:-


  • Sebagai lembaga koperasi, kita mestinya sangat peka dengan keperluan dan masalah anggota kita. Lembaga mesti cari jalan membantu anggota kita yang terjejas.
  • Sebagai anggota pula, ini masanya kita sama-sama membantu jika ada anggota lain yang bermasalah. Contohnya kita tambah lagi saham dan yuran kita supaya koperasi dapat menyediakan perkhidmatan kepada anggota kita yang terjejas dengan harga yang rendah. Motif keuntungan bukan tujuan kita.
  • Lembaga hendaklah mengesan mana-mana anggota kita yang terjejas, gunakan laman web resmi koperasi sebagai media perhubungan.
  • Semangat kerjasama telah menjadi prinsip asas kenapa kita berkoperasi. Kalau prinsip ini tidak diamalkan , pincanglah perjalanan koperasi kita. Kita tidak boleh mendakwa kita ini berkoperasi.
  • Akhirnya , secara berkumpulan, kita jalainkan kerjasama antara kita , antara koperasi dan sama-sama memberikan pandangan kepada kerajaan.


Wednesday, 11 September 2019

SAMBUTAN 100 TAHUN GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA

InsyaAllah , pada 21 September 2019 ini , Gerakan Koperasi Malaysia akan menyambut countdown ke 100 tahun gerakan koperasi di negara ini. Sambutan bersejarah ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri. Apa maknanya sambutan koperasi ini. Ada beberapa iktibar atau kejayaan yang boleh dilihat, antaranya:-

  • gerakan koperasi di negara ini masih relevan dan terus relevan untuk membantu masyarakat, khususnya anggota koperasi
  • gerakan koperasi telah menyelesaikan banyak masalah atau rintangan yang dihadapi oleh rakyat biasa, khususnya dikalangan anggota kerajaan. Aktiviti pinjaman telah membantu menyelesaikan masalah harian anggota koperasi
  • gerakan koperasi telah memperbagaikan aktivitinya, dari pinjaman kepada lain-lain aktiviti seperti perladangan, pertanian, pelancungan dan peruncitan serta kesihatan
  • ramai para belia telah mula menubuhkann koperasi dan aktif menjalankan aktiviti. Ada antara mereka berhenti kerjaselesa  dibandar dan balik ke kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian secara komersial melalui koperasi. Hasil mereka lumayan.
  • para cerdik pandai juga telah menulis mengenai keperluan koperasi untuk membantu rakyat
  • polisi dan dasar  kerajaan juga telah mesra koperasi dan banyak  program pembangunan terutama di kampung/luar bandar dijalankan melaluii koperasi
  • gerakan koperasi tidak pernah menyasikan anggotanya bergaduh disebabkan perkauman...perpaduan adalah matlamat koperasi
  • bumiputera , hususnya koperasi melayu islam telah banyak mengeluarkan produk-produk untuk dijual sebagai pilihan kepada pengguna islam
Banyak perubahan yang berlaku, dari 11 buah koperasi pada tahun 1922 telah meningkat kepada 14 ribu koperasi pada tahun ini, jumlah saham dan aset koperasi juga telah meningkat naik. Itu sebab kita bangga dengan pencapaian tersebut. .