Saturday, 24 November 2018

Komunikasi Berkesan Dalam Koperasi

Salah satu faktor kejayaan sesebuah koperasi ialah komunikasi yang berkesan antara lembaga koperasi, pengurusan koperasi dan anggota anggota koperasi. Dengan adanya komunikasi yang berkesan, semua pihak tersebut dapat mengetahui dan memahami perjalanan dan isu isu yang dihadapi oleh koperasi mereka, dan boleh turut sama menyumbang idea untuk membantu kearah kejayaan sesebuah koperasi.
Apakah ciri ciri komunikasi yang berkesan dalam pengurusan koperasi, antaranya ialah

  • memberi atau menerangkan fakta sebenar
  • membincangkan dengan fikiran terbuka dan ikhlas
  • tiada kepentingan peribadi, fokus kepada untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi
  • mengambil tindakan susulan, jangka pendik dan jangka panjang
  • mengetahui tanggungjawab dan sempadan masing masing
InsyaAllah dengan adanya komunikasi yang berkesan tersebut, semua isu difahami diperingkat awal lagi dan boleh diatasi dengan segera. Sekarang ini, teknologi sangat penting digunakan selari dengan perkembangan semasa. Maklumat dan capaian hanya dihujung jari. Isunya adakah semua pihak tersebut boleh berkomunikasi seperti yang dinyatakan di atas.

Wednesday, 5 September 2018

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

PERANAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA( SKM)

SKM merupakan agensi kerajaan yang melaksanakan dwifungsi iaitu pengawalseliaan dan pembangunan Gerakan Koperasi di negara ini. Seksyen 4 Akta SKM, memperuntukkan objektif SKM iaitu:
(a)    merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;
(b)        menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan; dan
(c)        mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.
Bagi mencapai objektif penubuhan SKM, kerajaan telah memperuntukkan kuasa-kuasa dan fungsi SKM seperti berikut:
(a)        untuk menggalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor koperasi;
(b)        untuk bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi;
(c)        untuk menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur;
(d)        untuk memelihara nilai dan prinsip koperasi;
(e)        untuk mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya;
(f)          untuk mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi;
(g)  untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk koperasi;
(h)    untuk menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi; dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi di bawah
mana-mana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.


PHOTO 2018 07 04 15 51 33

Sehingga tahun 2017, gerakan koperasi di Malaysia telah menyumbang perolehan sebanyak RM40.24 bilion iaitu peningkatan sebanyak 1.5% berbanding tahun 2016  (RM39.66 bilion). Manakala, jumlah syer anggota kopeasi ialah RM14.35 bilion, aset RM139.68 bilion dan keanggotaan 6.5 juta orang. Sehingga 30 Jun 2018, sebanyak 14,094 koperasi telah didaftarkan

Wednesday, 11 July 2018

Bengkel Penyeliaan Koperasi 2018

SKM telah mengambil inisiatif untuk memantapkan kemahiran pegawai pegawainya dalam menyelia koperasi. Usaha begini bertujuan untuk memberi fokus dan menyelia koperasi dengan menggunakan kaedah yang terbaik dan berkesan. Prosedur penyeliaan ini telah ada dan usaha SKM adalah untuk mengemaskini SOP dan cara kerja mengikut keadaan masa kini serta hala tuju masa depan. Harapan kita Gerakan Koperasi akan

  1. berjalan sepertimana tujuan penubuhannya
  2. berjalan dengan tadbir urus yang baik 
  3. mematuhi Akta Kopersi dan undang undang kecil koperasi
  4. dapat memberi dividen dan rebet kepada anggotanya
  5. kurang pertikaian antara anggota dan lembaga

Saturday, 5 May 2018

KOPERASI PENGGUNA



Kita mempunyai hampir 6 ribu buah koperasi yang menjalankan aktiviti pengguna di negara ini, khususnya kedai runcit dengan perolehan hampir RM 1.2 BILION SETAHUN. Koperasi Pengguna dari segi definasinya adalah milik anggota sendiri yang telah membayar saham dan menyimpan dalam koperasi  sebagai modal perniagaan koperasi. Anggota adalah pemilik, pengguna dan pemodal dalam koperasi tersebut. Contoh koperasi pengguna selalunya adalah kedai koperasi yang dalamnya menjual barangan keperluan anggota koperasi termasuklah barangan, perkhidmatan dan barangan keperluan anggota sekeluarga. Kedai ini boleh dalam bentuk kedai runcit, supermarket atau pasar mingguan dan borongan.

Banyak aktiviti koperasi pengguna yang boleh dijalankan, setelah mendapat persetujuan mesyuarat agung koperasi, ni antaranya  menjalankan aktiviti insuran, pembekalan barangan input pertanian, barangan keperluan harian , barangan rumah dan sebagainya.

Perbezaan antara kedai milik sendiri dengan kedai koperasi adalah kedai koperasi wajib menyediakan perkhidmatan berkualiti dangan harga yang sesuai dan munasabah kerana kedai tersebut adalah milik anggota sendiri.  Kedai koperasi tidak sepatutnya menaikan harga yang tinggi kerana itu akan menyusahkan anggota sendiri. Manakala kedai bukan koperasi akan ada motif keuntungan yang berlebihan dan wujud kes untuk menaikan harga barangan keterlaluan. Keuntungan atau lebihan yang ada di kedai koperasi akan dipulangkan semula kepada anggota koperasi dalam bentuk rebat langganan dan dividen atas saham mereka dalam koperasi. Ini semua akan memberi tambahan pendapatan kepada anggota koperasi. Selebihnya koperasi akan simpan untk membesarkan lagi perniagaan koperasi demi untuk membantu anggota koperasi.
Apabila perniagaan kedai koperasi maju dan membesar, ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anggota koperasi. Anggota koperasi boleh juga membekalkan produk kepada kedai koperasi mereka.

Didunia, banyak contoh koperasi yang Berjaya dalam aktiviti pengguna ini, misalnya Jepun yang mempunyai 28  juta anggota yang terlibat dalam aktiviti koperasi kedai runcit ini, dan kedai koperasi telah mnyumbang hamper 21 bilion US Dolar kepada KDNK Jepun. Mereka juga menggunakan teknologi tinggi dalam pembelian barangan dan penghantaran barangan kepada anggotanya.



Oleh itu kita sebagai anggota koperasi pengguna kena bantu koperasi kedai runcit kita dengan berlanggan dan memberi modal supaya sentiasa relevan dalam membantu meringankan kos sara hidup kita sendiri.

Friday, 20 April 2018

Sambutan Hari Koperasi Negara 2018

Pada 20 Mac 2018 yang lalu, di MITC Melaka telah berlangsung Sambutan Hari Koperasi (HKN) ini yang telah dihadiri hampir 10 ribu koperator. Majlis telah diresmikan oleh YAB Perdana Menteri. Tujuan HKN ini diadakan adalah untuk mengiktiraf koperasi dan  peranannya dalam kemajuan negara. Gerakan koperasi adalah antara  penyumbang kepada kemakmuran dan kesejahtreraan kepada rakyat dalam negara ini. Dengan jumlah perolehan mencecah RM 40 Bilion pada tahun lepas, sudah pasti kuasa gerakan koperasi tidak boleh dipandang ringan.





Dalam keadaan kenaikan harga barang yang sukar dikawal, koperasi telah diakui boleh memainkan peranan dalam membantu kerajaan mengatasi kenaikan atau menstabilkan kenaikan harga barangan ini Dana telah  diperuntukan untuk membantu koperasi dalam program kedai harga patut yang dipunyai oleh koperasi
Oleh itu koperasi hendaklah kekal relevan, dengan cara :-

  • kekal dengan konsep dan ciri koperasi. memahami cara pentadbiran berkoperasi
  • mempunyai tadbir urus yang baik dan cemerlang. Tiada kepentngan diri
  • tingkatkan rangkaian antara koperasi . Luaskan pasaran dan produk
  • penggunaan teknolodi digital dan data maklumat yang besar
  • fokus kepada bidang perniagaan yang utama
  • tingkatkan penglibatan semua anggota koperasi
  • ketulusan dan hebahan maklumat yang cekap dan meluas
  • libatkan generasi baru/muda da belia sebagai pelapis
Tahniah kepada yang berjaya.