Tuesday, 1 September 2020

Anggota Adalah Faktor Utama Kejayaan Koperasi

 Apakah sebenarnya faktor kejayaan sebuah koperasi.? 


Jawapannya adalah anggota yang berkualiti, yang komitmen tinggi dengan koperasi yang dianggotainya. Kenapa anggota koperasi itu penting;

  • anggota yang aktif , yang faham akan menyumbang modal untuk koperasi melalui saham atau syer koperasi. Puangan atas saham adalah dividen apabila koperasi memperolehi keuntungan  dan diputuskan dalam mesyuarat agung koperasi
  • anggota yang aktif akan berlanggan dengan koperasi. Mereka akan membeli produk dan perkhidmatan koperasi mereka. Sudah pasti koperasi akan menjual produk perkhidmatan dengan harga yang berpatutan kerana belanjawan koperasi diluluskan dalam mesyuarat agung koperasi
  • anggota yang aktif akan mengambil tau perkembangan koperasi mereka. Mereka bayar saham, mereka tambah saham, sudah pasti mereka ingin mengetahui aktiviti yang koperasi buat dari saham mereka itu. Apabila anggota mengambil tau kegiatan koperasi, sudah pasti koperasi akan diurus dengan baik. Ini pastinya meningkatkan hasil dalam koperasi.
  • anggota yang aktif adalah anggota yang berilmu. Mereka akan menyumbang idea yang bernas untuk pembangunan koperasi mereka. Kebijaksanaan anggota boleh membantu anggota lain melantik mereka menjadi lembaga koperasi. Peranan lembaga koperasi adalah untuk menentukan koperasi diurus dengan baik.
  • anggota yang aktif adalah anggota yang bermasyarakat. Koperasi adalah aktiviti berkelompok. Bukan bertindak untuk kepentingan diri. Oleh itu sifat kerjasama, sifat kerja berpasukan akan menentukan kejayaan sesebuah koperasi itu.


Friday, 17 July 2020

Anggota Koperasi Penentu Kejayaan Koperasi

Malam ni, sempat beramah mesra dengan Jawatan Kuasa Koperasi negeri Terengganu yang dipengerusikan oleh Dato Hashim Mamat, orang lama dalam gerakan koperasi Terengganu. Dalam ucapan saya, saya menegaskan kejayaan sesebuah koperasi adalah bergantung kepada sumbangan dan komitmen anggotanya. Ini adalah faktor utama. Kekuatan anggota ini kerana:-

  • anggota yang akan menyumbang modal kepada koperasi mereka. Apabila merreka yakin koperasi boleh memberi faedah kepada mereka, anggota akan meningkatkan sumbangan saham mereka dalam koperasi. Ini merupakan punca kewangan mudah koperasi
  • anggota yang akan melanggan dengan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi mereka, anggota adalah pelanggan tetap
  • anggota mesti mempunyai sifat ingin tau perkembangan koperasi mereka, kehadiran mereka dalam mesyuarat agung koperasi dan memberi idea utk membangunkan koperasi.
  • anggota juga bersedia menawarkan diri untuk bekerja dengan koperasi, baik secara tetap atau sukarela
  • anggota akan mempunyai networking sesama mereka, ini akan menyebarkan maklumat koperasi untuk faedah bersama

Apabila adanya kekuatan anggota ini, kefahaman mereka yang meningkat, faktor sumbangan modal dan idea untuk membantu koperasi akan datang selepas itu. Oleh itu, koperasi hendaklah mengadakan program untuk menambah `keanggotaan, program untuk menambah pengetahuan anggota mengenai koperasi mereka dan seterusnya program networking dengan anggota mereka. Belanja dalam teknologi maklumat dan media supaya tersbarnya pengetahuan kepada anggota koperasi.

Friday, 24 April 2020

Kesan kawalan pergerakan kepada aktiviti koperasi

Koperasi mempunyai objektif memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada semua anggotanya pada kadar harga yang berpatutan. Sudah pasti kawalan pergerakan semasa wabak convid ini akan memberi kesan kepada sebahagian aktiviti koperasi. Aktiviti yang terjejas antaranya pelancungan, perhotelan, pembinaan dan hasil kraf tangan. Ini kerana kita diminta duduk dirumah untuk mencegah wabak ini merebak. Namun begitu aktiviti kedai runcit, pinjaman , arrahnu dan kesihatan tidak terjejas sangat kerana aktiviti ini diklaskan sebagai keperluan. Apa sepatutnya kita sebagai lembaga dan anggota koperasi berperanan semasa ini:-


  • Sebagai lembaga koperasi, kita mestinya sangat peka dengan keperluan dan masalah anggota kita. Lembaga mesti cari jalan membantu anggota kita yang terjejas.
  • Sebagai anggota pula, ini masanya kita sama-sama membantu jika ada anggota lain yang bermasalah. Contohnya kita tambah lagi saham dan yuran kita supaya koperasi dapat menyediakan perkhidmatan kepada anggota kita yang terjejas dengan harga yang rendah. Motif keuntungan bukan tujuan kita.
  • Lembaga hendaklah mengesan mana-mana anggota kita yang terjejas, gunakan laman web resmi koperasi sebagai media perhubungan.
  • Semangat kerjasama telah menjadi prinsip asas kenapa kita berkoperasi. Kalau prinsip ini tidak diamalkan , pincanglah perjalanan koperasi kita. Kita tidak boleh mendakwa kita ini berkoperasi.
  • Akhirnya , secara berkumpulan, kita jalainkan kerjasama antara kita , antara koperasi dan sama-sama memberikan pandangan kepada kerajaan.


Wednesday, 11 September 2019

SAMBUTAN 100 TAHUN GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA

InsyaAllah , pada 21 September 2019 ini , Gerakan Koperasi Malaysia akan menyambut countdown ke 100 tahun gerakan koperasi di negara ini. Sambutan bersejarah ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri. Apa maknanya sambutan koperasi ini. Ada beberapa iktibar atau kejayaan yang boleh dilihat, antaranya:-

  • gerakan koperasi di negara ini masih relevan dan terus relevan untuk membantu masyarakat, khususnya anggota koperasi
  • gerakan koperasi telah menyelesaikan banyak masalah atau rintangan yang dihadapi oleh rakyat biasa, khususnya dikalangan anggota kerajaan. Aktiviti pinjaman telah membantu menyelesaikan masalah harian anggota koperasi
  • gerakan koperasi telah memperbagaikan aktivitinya, dari pinjaman kepada lain-lain aktiviti seperti perladangan, pertanian, pelancungan dan peruncitan serta kesihatan
  • ramai para belia telah mula menubuhkann koperasi dan aktif menjalankan aktiviti. Ada antara mereka berhenti kerjaselesa  dibandar dan balik ke kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian secara komersial melalui koperasi. Hasil mereka lumayan.
  • para cerdik pandai juga telah menulis mengenai keperluan koperasi untuk membantu rakyat
  • polisi dan dasar  kerajaan juga telah mesra koperasi dan banyak  program pembangunan terutama di kampung/luar bandar dijalankan melaluii koperasi
  • gerakan koperasi tidak pernah menyasikan anggotanya bergaduh disebabkan perkauman...perpaduan adalah matlamat koperasi
  • bumiputera , hususnya koperasi melayu islam telah banyak mengeluarkan produk-produk untuk dijual sebagai pilihan kepada pengguna islam
Banyak perubahan yang berlaku, dari 11 buah koperasi pada tahun 1922 telah meningkat kepada 14 ribu koperasi pada tahun ini, jumlah saham dan aset koperasi juga telah meningkat naik. Itu sebab kita bangga dengan pencapaian tersebut. .

Saturday, 25 May 2019

Mengawal Kos Sara Hidup Melalui Koperasi

Saya di jemput untuk menjadi salah seorang panel dalam forum ini, Berganding bahu dengan Dato Fattah dan Datuk Azih, orang hebat-hebat 
Maksud tajuk tersebut, mampukah koperasi mengawal kos sara hidup. Mungkin untuk mengulas tajuk ni, saya kena terangkan konsep koperasi itu sendiri. Kita adalah tuan punya , kita yang mengawal dan mengurus, dan kita yang akan berlanggan dengan aktiviti koperasi kita sendiri. Kalau kita berjaya melaksanakan, kita berjaya mengawal perjalanan koperasi kita. Tapi koperasi tak mampu nak mengawal harga jika barangan input yang diperolehi koperasi tidak dapat mengawal. Untuk itu, keseluruhan rangkaian perlu dikoperasi kan. Ini bermula dari kilang yang mengeluar, distribution centre nya , pengangkutannya dan sampai ke kedai-kedai koperasi yang berada banyak diluar bandar seperti di felda2 dan kampong- kampong.
Saya rasanya kena bercerita apa yang telah dilakukan sekarang dan apa perlu dilakukan untuk akan datang.Setakat ini, ada ;ebih kurang 8 koperasi yang di;antik sebagai Pusat Pengumpul dan Pengedar (Distribution Centre) antaranya Kop Permodalan Felda, Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak (SKOMK) dan Kop Perwaja Kemaman. Isunya peranan DC ini tidak menyeluruh.

Wednesday, 27 March 2019

Pembangunan Koperasi Mengikut Sektor

Sudah sampai masanya lanskap koperasi negara inii dibangunkan , diusahakan , dibantu mengikut sektor utama ekonomi. Sektor yang diutamakan ialah pemborongan, peruncitan, kewangan, kesihatan, pelanciungan, perladangan, pertanian dan hartanah. Dengan adanya pembangunan mengikut sektor ini, perancangan dan kawalselia kita akan lebih berfokus. Lanskap ini sebenarnya juga telah memberi kejayaan kepada gerakan koperasi di negara maju seperti jepun dan negara-negara di Eropah, yang telah meletakkan koperasi mengikut aktiviti utama dan dikumpulkan dalam bentuk konsortium atau federation. Contoh :

The Japan Agricultural Cooperatives (JA) Group is an organization consisting of farmers’ cooperatives, whose purpose is to protect and enhance agricultural management and the livelihood of farmers in the spirit of mutual assistance.The National Federation of Agricultural Cooperative Associations (ZEN-NOH) is in charge of the marketing and supply business of the JA Group. It seeks to connect producers and consumers, revitalize production centers, and preserve society and the environment. Through integration with prefectural-level JA federations in the course of organizational restructuring aimed at strengthening its business foundation, the ZEN-NOH Group has now 34 Prefectural Headquarters and one Prefectural Office nationwide


Kelebihan mengelaskan koperasi dalam kumpulan-kumpulan tersebut antaranya ialah

  • koperasi akan lebih mahir dalam bidang utama mereka
  • dapat jalinkan hubungan perniaagan sesama mereka
  • dapat meningkatkan ekonomii bidangan
  • pengurusan koperasi dan aktiviti yang lebih efisyen
  • perancangan yang lebih terancag dan tersusun
  • bantuan dan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan akan lebih berfokus
  • faedah yang besar kepada anggota -anggota koperasi tersebut.
  • meningkatkan kerjasama dengan koperasi luar negara
Bolehkah  koperasi negara kita disusun , di gabungkan seperti yang dinyatakan di atas. Ini merupakan cabaran untuk kita pengamal koperasi untuk kita fikirkan dan laksanakan.


Saturday, 24 November 2018

Komunikasi Berkesan Dalam Koperasi

Salah satu faktor kejayaan sesebuah koperasi ialah komunikasi yang berkesan antara lembaga koperasi, pengurusan koperasi dan anggota anggota koperasi. Dengan adanya komunikasi yang berkesan, semua pihak tersebut dapat mengetahui dan memahami perjalanan dan isu isu yang dihadapi oleh koperasi mereka, dan boleh turut sama menyumbang idea untuk membantu kearah kejayaan sesebuah koperasi.
Apakah ciri ciri komunikasi yang berkesan dalam pengurusan koperasi, antaranya ialah

  • memberi atau menerangkan fakta sebenar
  • membincangkan dengan fikiran terbuka dan ikhlas
  • tiada kepentingan peribadi, fokus kepada untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi
  • mengambil tindakan susulan, jangka pendik dan jangka panjang
  • mengetahui tanggungjawab dan sempadan masing masing
InsyaAllah dengan adanya komunikasi yang berkesan tersebut, semua isu difahami diperingkat awal lagi dan boleh diatasi dengan segera. Sekarang ini, teknologi sangat penting digunakan selari dengan perkembangan semasa. Maklumat dan capaian hanya dihujung jari. Isunya adakah semua pihak tersebut boleh berkomunikasi seperti yang dinyatakan di atas.

Wednesday, 5 September 2018

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

PERANAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA( SKM)

SKM merupakan agensi kerajaan yang melaksanakan dwifungsi iaitu pengawalseliaan dan pembangunan Gerakan Koperasi di negara ini. Seksyen 4 Akta SKM, memperuntukkan objektif SKM iaitu:
(a)    merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;
(b)        menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mapan; dan
(c)        mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.
Bagi mencapai objektif penubuhan SKM, kerajaan telah memperuntukkan kuasa-kuasa dan fungsi SKM seperti berikut:
(a)        untuk menggalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor koperasi;
(b)        untuk bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi;
(c)        untuk menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur;
(d)        untuk memelihara nilai dan prinsip koperasi;
(e)        untuk mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya;
(f)          untuk mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi;
(g)  untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk koperasi;
(h)    untuk menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi; dan
untuk menjalankan apa-apa fungsi di bawah
mana-mana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.


PHOTO 2018 07 04 15 51 33

Sehingga tahun 2017, gerakan koperasi di Malaysia telah menyumbang perolehan sebanyak RM40.24 bilion iaitu peningkatan sebanyak 1.5% berbanding tahun 2016  (RM39.66 bilion). Manakala, jumlah syer anggota kopeasi ialah RM14.35 bilion, aset RM139.68 bilion dan keanggotaan 6.5 juta orang. Sehingga 30 Jun 2018, sebanyak 14,094 koperasi telah didaftarkan

Wednesday, 11 July 2018

Bengkel Penyeliaan Koperasi 2018

SKM telah mengambil inisiatif untuk memantapkan kemahiran pegawai pegawainya dalam menyelia koperasi. Usaha begini bertujuan untuk memberi fokus dan menyelia koperasi dengan menggunakan kaedah yang terbaik dan berkesan. Prosedur penyeliaan ini telah ada dan usaha SKM adalah untuk mengemaskini SOP dan cara kerja mengikut keadaan masa kini serta hala tuju masa depan. Harapan kita Gerakan Koperasi akan

  1. berjalan sepertimana tujuan penubuhannya
  2. berjalan dengan tadbir urus yang baik 
  3. mematuhi Akta Kopersi dan undang undang kecil koperasi
  4. dapat memberi dividen dan rebet kepada anggotanya
  5. kurang pertikaian antara anggota dan lembaga