- menyatukan tanah-tanah anggota keluarga yang tidak ekonomik untuk dibincang bersama, dimajukan melalui koperasi keluarga
- untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang lain, kerana setiap anggota keluarga mesti ada kemahirannya
- menyuburkan semangat keluargaan yang ketal
- perpaduan yang utuh dalam keluarga
Thursday, 8 August 2013
Koperasi Keluarga
Salam. Selamat hari Raya , maaf zahir dan batin. Bila suasana meriah ini, dengan keluarga berkumpul, teringat saya kepada peranan Koperasi Keluarga. Musim macam ni, banyak keluarga yang besar telah mengambil kesempatan menubuhkan koperasi keluarga. Mesyuarat agung dijalankan masa ini untuk memajukan ekonomi anggota keluarga. Ada yang bertanya , apa aktiviti koperasi keluarga ini. Banyak! Antaranya :-
Friday, 2 August 2013
Tanah Wakaf
Adalah difahamkan bahawa terdapat lebih 11 ribu hektar tanah waqah terdapat di negara ini , setengahnya belum dimajukan. Ini merupakan peluang perniagaan yang boleh diambil peluang oleh gerakan koperasi negara ini. Koperasi boleh ambil langkah pro aktif dengan berkunjung ke pejabat majlis agama negeri (MAIN) untuk bertanyakan peluang-peluang tersebut. Yayasan wakaf memang nak memajukan tanah-tanah tersebut dan memerlukan pemaju-pemaju
yang mempunyai keupayaan kewangan dan pemgurusan. Salah satu contoh ialah membina hotel , ruang perniagaan dan penternakan. Untuk mendapatkan tanah dari kerajaan negeri agak payah sekarang ini, oleh itu peluang memajukan tanah-tanah wakaf ini patut direbut oleh koperasi.
Koperasi pula kalau tak cukup modal, buat skim pelaburan khas untuk mendapatkan dana dari anggota. Akhirnya usaha ini nanti beri keuntungan kepada koperasi , anggota serta mendapat pahala.
Sunday, 21 July 2013
Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Pulau Pinang
Dalam minggu ni berkesempatan melawat kop perumahan tunas muda sungai ara pulau pinang' terpegun dgn kemajuan koperasi ini yang mampu beri rumah percuma kepada setiap anggotanya, disamping memberi imbuhan kewangan untuk 3 bulan, khususnya untuk sambutan hari raya akan datang, Petua kejayaan ialah komitmen sepenuhnya barisan lembaga dan pengurusan koperasi secara profesional.
Bukan mudah untuk dapat rumah percuma di Pulau Pinang, mustahil sebenarnya tetapi koperasi ini telah membuktikan kebolehannya. Sokongan anggota terhadap koperasi sangat padu. Sehingga kini sebanyak 8,200 unit rumah yg telah berjaya koperasi ini bangunkan. Keuntungan jualan rumah kepada bukan anggota membolehkan pendapatan yang lumayan kepada koperasi' balik kepada anggota dengan pemberian rumah bernilai rm 300 ribu dgn prrcuma.
Bukan mudah untuk dapat rumah percuma di Pulau Pinang, mustahil sebenarnya tetapi koperasi ini telah membuktikan kebolehannya. Sokongan anggota terhadap koperasi sangat padu. Sehingga kini sebanyak 8,200 unit rumah yg telah berjaya koperasi ini bangunkan. Keuntungan jualan rumah kepada bukan anggota membolehkan pendapatan yang lumayan kepada koperasi' balik kepada anggota dengan pemberian rumah bernilai rm 300 ribu dgn prrcuma.
![]() |
| projek perumahan koperasi di Pulau pinang |
Sunday, 14 July 2013
Persepsi Salah
Pada pandangan saya, antara kelemahan masyarakat kita terhadap koperasi ialah mereka mempunyai persepsi atau pandangan yang salah mengenai gerakan koperasi ini dalam minda setengah daripada masyarakat kita. Bila tanya apa yang dipaham mengenai koperasi , antara jawapan negetifnya ialah:-
- koperasi ni hanya nak kayakan setengah orang tertentu sahaja
- koperasi payah nak berjaya , sebab bila duit dah banyak akan berlaku pertikaian antara lembaga atau dengan anggota , kerana nak rebutkan jawatan penting dalam barisan lembaga dan dapat imbuhan yang lumayan
- koperasi tak boleh pergi jauh sebab payah dan lambat buat buat keputusan
- koperasi payah nak berjaya sebab tiada modal dan sebagainya
- aktiviti pinjaman meminjam bolehlah koperasi buat sebab ada potongan BPA, kalau tiada BPA payah koperasi kredit ni nak hidup
Ini jawapan diatas adalah persepsi yang salah, hanya kerana berlaku satu dua kes yang di atas, setengah masyarakat nak buat kesimpulan yang salah dan menyeluruh. Sebenarnya banyak koperasi yang berjaya, dari modal kecil hingga mempunyai aset yang banyak. Rujuk web koperasi dalam internet ni banyak contoh yang diberikan.Kopearsi tentera kita, koperasi kakitangan kerajaan kita, koperasi perladangan dan koperasi pengguna banyak yang telah berjaya. Bahkan negara maju juga berjaya dalam bidang koperasi ni hingga memberi sumbangan yang besar dalam KNK mereka.
Masyarakat perlu diberi penerangan yang jelas mengenai konsep dan kejayaan koperasi kita. Tingkatkan program kesedaran dan promosi, contohnya sambutan Hari Koperasi Negara setiap tahun merupakan langkah yang baik dan mesti dipromosikan.
Tuesday, 9 July 2013
Isu kawalan koperasi
Bank Negara telah mengarahkan semua institusi kewangan termasuk koperasi memberi pinjaman kepada anggotanya dalam tempoh 10 tahun, bukan sekarang ada yang 15 tahun dan ada yang 20 tahun. Isu timbul, patut ke Bank Negara mengawal juga tempoh masa pinjaman yang koperasi beri kepada anggotanya kerana koperasi telah dikawal oleh Akta Koperasi.
Bank negara mengawal antara tujuannya ialah pinjaman tempoh yang lama telah banyak menyusahkan rakyat,dengan kos pinjaman yang tinggi, ramai yang terperangkap dalam putaran kehutangan. Ini memang sepatutnya dikawal.
Pada pandangan saya, jika perjalanan koperasi itu berjalan mengikut falsafah yang sebenar, antaranya anggota terlibat dalam membuat keputusan secara bersama, isu penindasan kepada anggota (peminjam) tidak akan berlaku. Kerana konsep koperasi mereka adalah tuan punya, tak akan pulak mereka nak menindas diri mereka sendiri. Ini agaknya masalah dalam koperasi kita yang mana anggota hanya bertindak sebagai pengguna sahaja, mereka tak tau apa yang berlaku dalam koperasi mereka yang akhirnya segelintir anggota (lembaga dan pengurusan) yang menguruskan koperasi tanpa memikirkan pandangan atau masalah anggota lain yang pasif ini.
Itu sebab, salah satu prinsip koperasi ialah pendidikan anggota. Ini penting untuk meningkat kesedaran anggota mengenai hak dan tanggungjawab bersama , isu ekonomi semasa mesti difahami oleh anggota melalui pendidikan anggota ini. Ini juga halangan kita kerana fokus pendidikan anggota ini masih kurang ditekankan.
Bank negara mengawal antara tujuannya ialah pinjaman tempoh yang lama telah banyak menyusahkan rakyat,dengan kos pinjaman yang tinggi, ramai yang terperangkap dalam putaran kehutangan. Ini memang sepatutnya dikawal.
Pada pandangan saya, jika perjalanan koperasi itu berjalan mengikut falsafah yang sebenar, antaranya anggota terlibat dalam membuat keputusan secara bersama, isu penindasan kepada anggota (peminjam) tidak akan berlaku. Kerana konsep koperasi mereka adalah tuan punya, tak akan pulak mereka nak menindas diri mereka sendiri. Ini agaknya masalah dalam koperasi kita yang mana anggota hanya bertindak sebagai pengguna sahaja, mereka tak tau apa yang berlaku dalam koperasi mereka yang akhirnya segelintir anggota (lembaga dan pengurusan) yang menguruskan koperasi tanpa memikirkan pandangan atau masalah anggota lain yang pasif ini.
Itu sebab, salah satu prinsip koperasi ialah pendidikan anggota. Ini penting untuk meningkat kesedaran anggota mengenai hak dan tanggungjawab bersama , isu ekonomi semasa mesti difahami oleh anggota melalui pendidikan anggota ini. Ini juga halangan kita kerana fokus pendidikan anggota ini masih kurang ditekankan.
Sunday, 7 July 2013
Modal Koperasi
Isu modal atau dana perniagaan dalam koperasi ini saya ada sentuh dulu. Ada yang bertanya,di mana koperasi boleh mendapatkan modal dan kenapa koperasi kecil khususnya tidak cukup modal perniagaan. Pada pandangan saya, koperasi ini macam juga badan perniagaan yang lain ,urusan perniagaan nya macam juga syarikat-syarikat perniagaan yang telah berjaya, cuma kaedah kita buat keputusan tu lain iaitu mengikut kaedah koperasi. Bukan buat keputusan secara persendirian macam syarikat sendirian Berhadi. Ini bermakna , perjalanan perniagaan koperasi macam badan perniagaan yang lain juga, iaitu perlu ada modal, perlu ada perancangan perniagaan,, perlu ada rekod-rekod kewangan dan akaun yang kemasklini dan perlu ada pengurus dan pekerja.
Mana datangnya modal koperasi. Banyak punca antaranya:-
Sunday, 30 June 2013
Kenapa Koperasi Gagal
Seringkali juga ditanya , kenapa dulu koperasi itu berjaya tetapi kini gagal pula. Banyak sebab, pengalaman menjadi pentadbir koperasi sedikit sebanyak boleh menjelaskan isu ini. Antara sebab-sebabnya, pada pandangan saya ialah:-
- koperasi apabila dah banyak duit, mula menceburi pula aktiviti yang lembaga dan pengurusan sendiri tidak mahir, yang pengurusan koperasi tidak mahir dalam bidang itu, misalanya aktiviti utama yang berjaya ialah kredit(pinjam meminjam) tetapi bila dah banyak tunai dalam koperasi (cash flow) mula pula nak ceburi aktiviti lain seperti hartanah dan perhotelan. Masalahnya , pengurusan dan lembaga tidak mahir dalam bidang aktiviti baru ini, kena tipu pula oleh pihak ke tiga yang kononnya sebagai konsultan..pelaburan yang tidak menguntungkan sebab lembaga tiada ilmu dalam bidang tersebut.
Thursday, 27 June 2013
Koperasi Mondragon
Boleh ke koperasi memainkan peranan yang berkesan dalam sector ekonomi kita? Jawapan saya , terbukti boleh. banyak contoh dalam Negara yang mana koperasi telah menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anggota dan masyarakat, misalnya koperasi yang buka pasar mini , sudah pasti menyediakan pekerjaan dan ruang berniaga untuk anggotanya. Cuba lihat koperasi-koperasi di Felda dan luar bandar yang telah membantu ekonomi masyarakat setempat. Kalau didunia, banyak contohnya, satu yang selalu di sebut ialah Koperasi Mondragon di Sepanyol yang merupakan organisasi perniagaan ke tujuh terbesar di Sepanyol dangan pusingan perniagaannya dalam 12 billion euros setahun. Koperasi ni melalui syarikat-syarikat perniagaan yang ditubuh bawahnya telah membuka banyak cawangan perniagaan seluruh dunia, telah menyediakan pekerjaan kepada 83,000 orang. ini Pekerja-pekerja ni merupakan anggota Koperasi Mandragon ini. Koperasi ini juga mempunyai university dengan palajar seramai 9,000 orang.
Pada pandangan saya, Koperasi boleh memberi impak kepada ekonomi Negara kita. Contoh kejayaan koperasi-koperasi ini kerana mereka mengamalkan nilai-nilai koperasi yang baik dan tulin, penyertaan semua pihak terutama anggota2nya dalam perancangan dan kawalan koperasi, pengurusan secara profesional, menjalankan tanggungjawab social dan sentiasa memikirkan innovasi dalam perniagaan mereka.
![]() |
| Koperasi Mondragon Yang Berjaya Di Sepanyol |
Wednesday, 26 June 2013
Apa ciri koperasi berjaya
Selalu juga koperator bertanya pada saya, apakah ciri-ciri koperasi yang berjaya. Mestikah koperasi yang berjaya tu berniaga berjuta-juta ringgit tetapi anggota tak tau apa yang berlaku dalam koperasi, pejabat koperasi pun tak tahu alamatnya atau koperasi tu hanya bergiat secara kecil-kecilan aje. Jawapan saya , senang aje, kena lihat beberapa sudut. Antaranya:-
- pertama sekali , lihat pada tujuan penubuhan koperasi itu, bersungguh dulu nak tubuh sebab apa? Apa tujuan pakat beramai-ramai dengan kumpul modal dulu. Kalau nak jalankan aktiviti pinjam meminjam, dah berjalan ke aktiviti tu. Maknanya , berjaya jika telah berjaya menjalankan aktiviti yang dirancang.
- seterusnya lihat pula apa faedah kepada anggota, orang yang menyertai koperasi itu. Jika mereka telah dapat faedah dan perkhidmatan yang disediakan, maknanya koperasi itu berjaya membantu anggota. Faedah ni termasuk dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.
- Juga kena lihat, adakah perkhidmatan tu membebankan anggotanya, jika kena bayar dengan kos yang tinggi sedangkan beli tempat lain lagi murah, itu maknanya tidak berjaya berjalan sebagai sebuah koperasi
- Unsur penting bagi saya, adakah proses demokrasi itu berlaku dalam membuat keputusan. Jika tidak berlaku, berniaga berjuta-juta pun tidak dianggap berjaya dalam istilah konsep koperasi. (mungkin saya berfikiran lama sangat?)
Sunday, 23 June 2013
Koperasi mesti bersaing
Melihat kepada perkembangan gerakan koperasi dalam negara ini, 80% sumbangan dalam turnover koperasi datangnya dari gerakan koperasi kredit dan yang menariknya pula 80% daripada sumbangan tersebut datangnya dari koperasi besar (yang minima turnovernya lebih RM5 juta setahun) yang hanya sekitar 10% dari jumlah gerakan koperasi negara ini. Maknanya masih wujud jarak yang besar antara koperasi besar yang hanya sekitar 10% dari jumlah koperasi negara sekitar 10,000 buah dengan koperasi-koperasi yang lain. Kalau lah 90% laian-lain koperasi itu kita besarkan, sudah pasti impak besar kepada turnover gerakan koperasi negara ini.
Agaknya, kenapa jurang itu masih berlaku setelah hampir 90 tahun gerakan koperasi diperkenalkan dalam negara ini. Pada pandangan saya:-
Agaknya, kenapa jurang itu masih berlaku setelah hampir 90 tahun gerakan koperasi diperkenalkan dalam negara ini. Pada pandangan saya:-
- dulu koperasi ini ada 3 agensi yang kawal. Jabatan koperasi (JPK) pada masa itu hanya fokus koperasi bandar kredit) yang lain dibawah agensi-agensi lain. Sekarang , keadaan bertambah baik dibawah akta yang dipinda , semuanya dibawah SKM
- Aktiviti Koperasi kredit dapat sambutan sebab anggotanya ramai dan orang suka nak ambil pinjaman yang cepat dan mudah
- Kebanyakan koperasi hanya tertumpu jalankan aktiviti secara kecil-kecilan dan terlalu bergantung kepada geran kerajaan. Kalau tak dapat geran kerajaan , payah nak bergerak. Ada unsur terlalu banyak sukarela.
- sikap lembaga yang masih lemah dan kurang aktif untuk teroka perniagaan yang besar
- kekurangan modal. Anggota kurang yakin untuk menambah saham yang sepatutnya boleh menambahkan modal koperasi untuk koperasi kembangkan perniagaan
- Dulu, kita tiada halatuju yang jelas, tetapi dengan adanya Dasar Koperasi Negara (DKN) kita lebih fokus untuk kembangkan perniagaan koperasi
- terlalu banyak penubuhan koperasi datangnya dari arahan atasan bukannya dari sudut hati mereka sendiri, mereka tidak menjiwai erti berkoperasi
Subscribe to:
Posts (Atom)


