Thursday, 26 December 2013

Usul Koperasi

Setengah koperasi ada mewujudkan jawatankuasa penapis usul yang tujuannya adalah untuk menerima atau tidak usul yang telah dihantar oleh anggota untuk dibahaskan dalam mesyuarat agung koperasi. Soalannya perlukah usul anggota yang cukup notis 7 hari itu ditapis oleh lembaga koperasi. Pada pandangan saya , ini telah menafikan hak anggota tersebut bersuara dengan memberikan pandangannya dalam mesyuarat agung. Setiap usul yang cukup syarat mengikut peraturan koperasi hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat agung koperasi untuk dibahaskan dan diterima atau ditolak dalam mesyuarat agung itu nanti. Risaunya ialah , jika usul tersebut 'mengusik ' lembaga, sudah pasti usul tersebut ditolak dalam jawantankuasa penapis usul ini.
Oleh itu, setiap anggota koperasi cuba lihat amalan koperasi masing-masing, samada amalan yang bertentangan dengan prinsip koperasi ini telah diamalkan tanpa disedari oleh mereka.

Monday, 2 December 2013

Memperkasakan Gerakan Koperasi

Apabila melihat kepada perkembangan gerakan koperasi di Malaysia, yang mana lebih kurang 20 % koperasi telah memberi sumbangan 80% jumlah perniagaan koperasi. Jelas ada yang tidak seimbang. Kerana 80% koperasi lagi masih kecil dan hanya menyumbang kepada 20% perniagaan koperasi, walaupun dari segi kuantiti koperasi itu adalah besar. Bayangkan jika , kita fokus 80% koperasi yang kecil ini, bantu mereka dengan naikkan jumlah perniagaan mereka, sudah pasti jumlah perniagaan koperasi di Malaysia akan meningkat naik dengan banyaknya.

Isunya kenapa 80% koperasi masih kecil jumlah perniagaannya. Banyak sebab, antaranya:-
  • tiada komitmen anggota koperasi tersebut secara menyeluruh terhadap koperasi mereka
  • modal perniagaan tidak bertambah
  • saham mereka juga tidak bertambah
  • mungkin semasa penubuhan dulu mempunyai niat yang tertentu, niat jangka pendik
  • hanya mengharapkan bantuan kerajaan sahaja.
Oleh itu kita kena cari usaha untuk memperkasakan koperasi kecil-kecil ini. Jangan bangga dengan kuantiti tetapi mesti tekankan kualiti koperasi. Antara langkah yang boleh diambil:-
  • cantumkan koperasi-koperasi yang kecil ini, buat pemutihan semula
  • gerakankan rangkaian dan kerjasama antara koperasi,
  • sediakan dan tambah dana pinjaman mudah untuk aktiviti koperasi
  • naikkan program pendidikan anggota, program kesedaran
  • semua pihak harus terlibat membantu.
  • gerakkan koperasi besar sebagai pemangkin (mentor)

Thursday, 28 November 2013

Tribunal Koperasi

Pertikaian antara anggota dengan lembaga koperasi, ataupun dikalangan lembaga koperasi sendiri telah menjadi asam garam pengurusan sesebuah koperasi. Kerajaan telah menyediakan tempat rujukan untuk membantu menyelesaikan pertikaian tersebut iaitu melalui Tribunal Koperasi yang diletakan di bawah  Suruhanjaya Koperasi.
Pada pandangan saya, jika tadbir urus koperasi baik dan telus, isu pertikaian ini kita boleh minimakan dan tidak membuang masa untuk pergi ke tribunal. Lembaga koperasi harus tanamkan semangat kerjasama yang kuat, selari dengan falsafah koperasi. Lagi pun malu pada anggota kita jika pertikaian ini menjadi buah mulut masyarakat.

Saturday, 23 November 2013

CARUMANAN KEPADA KUMPULANG WANG PENDIDIKAN

Sistem kewangan pengurusan koperasi di negara ini sangat baik dan menarik. Jika betul diuruskan, perkembangan gerakan koperasi dalam negra ini tidak memerlukan sumbangan kerajaan. Gerakan koperasi boleh berdikari sendiri melalui perbagai kumpulan wang yang ada mengikut Akta Koperasi. Salah satunya ialah Kumpulang Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang mana koperasi yang mendapat untung bersih melebihi RM50,000 kena mencarum dalam kumpulan wang ini, jumlah yang diambil dari keuntungan bersih koperasi tersebut. Dana ini akan membantu Gerakan koperasi dalam hal pendidikan koperasi, yang akhirnya akan memajukan perniagaan koperasi secara keseluruhannya. Dana ini sentiasa meningkat. Surat perintah untuk potongan tersebut yang perlu dipatuhi oleh Gerakan Koperasi, sila rujuk disini Tekan butang

Friday, 22 November 2013

Penyeliaan Berkesan

Ini adalah antara slide taklimat saya kepada pegawai baru Suruhanjaya Koperasi (SKM)  yang akan bertugas sebagai penyelia koperasi, taklimat yang telah diberikan kepada kakitangan SKM<iframe src="https://docs.google.com/file/d/0B4vLvXOZHmwwYnpqVDJpZlJfNVE/preview" width="340" height="280"></iframe>

Wednesday, 20 November 2013

Konflik dalam koperasi

Konflik atau pertikaian antara sesama lembaga koperasi, atau antara lembaga koperasi dengan pihak pengurusan, ataupun pertikaian antara anggota koperasi dengan pihak lembaga koperasi bukannya perkara baru. Isu pertikaian ini telah berlaku sejak mula koperasi bertapak di negara ini kerana pertubuhan koperasi adalah pertubuhan yang dianggotai oleh manusia. Fikiran dan perasaan manusia yang menjadi anggota koperasi tidak sama antara satu dengan yang lain. Ini bermakna pertikaian isu dalam koperasi adalah perkara biasa. Cuma bagaimana isu ini dihadapi oleh mereka. Jika perpanjangan , maka berpecah belah hingga membawa kes ke Tribunal koperasi. Yang menang akan mendapat pampasan tetapi selalunya hubungan antara mereka sukar nak diperbetulkan balik. Kalau diselesaikan cara baik, sama dapat persetujuan, maka hubungan nya akan berkekalan dan koperasi pun jimat kos sebab tidak perlu pakai peguam yang mahal.
Melalui pengalaman , sebaik-baiknya pertikaian yang berlaku diselesaikan dengan baik, kaedahnya:-
  • kenalpasti isu tersebut secara jujur oleh semua pihak, dengan suci hati, niat hanya untuk memajukan koperasi
  • Cuba usaha mencari persetujuan bersama atas isu tersebut, cuba kompromi
  • Cari pilihan tindakan untuk mengatasi isu tersebut
  • kawal emosi dan bertindak rasional
  • Hormati semua pendapat dan menjadi pendengar yang baik
Pengalaman sebagai panel tribunal koperasi, banyak isu yang dibicarakan mengambil masa dan ada yang berlaku terlalu lama hingga banyak yang lupa fakta. Oleh itu, demi semangat koperasi, jalan yang paling baik untuk menyelesaikan pertikaian dalam koperasi adalah bermusyuwarah dengan hati yang terbuka.

Sunday, 17 November 2013

Kumpulan Wang Likuiditi Koperasi


Likuiditi merupakan kelemahan utama yang perlu diatasi oleh koperasi untuk berkembang
Pengalaman yang lalu
-1980an dan 1998 – Kerajaan terpaksa menyediakan soft loan  untuk menstabilkan koperasi kredit dan koperasi pengambil deposit yang menghadapi masalah likuiditi. Kos menyelamat ini sangat tinggi jika krisis ini berulang.
Oleh itu penubuhan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (KWLP)  adalah salah satu satu kaedah yang dirumus oleh kerajaan khasnya SKM bagi menyediakan kemudahan likuiditi kepada koperasi yang layak
Dana ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kestabilan kewangan dengan menyediakan sumber pinjaman kepada koperasi
 KWLP hendaklah daripada –
(a)  caruman yang disumbang oleh koperasi;
(b)  wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh SKM; dan
 (c)wang yang dipinjam
(Seksyen 42 (1) dan (2) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007)
 (d) atau dijana oleh SKM dengan mengeluarkan bon, debentur, stok debentur atau mana-mana sekuriti lain.
.

Mampukah koperasi bertahan

Gerakan Koperasi di negara kita telah menjangkau umur hampir 90   tahun. Dalam seusia begini, Gerakan Koperasi kita sebenarnya telah matang, berpengalaman  dan mempunyai daya saing yang sangat baik. . Sebagai koperator, kita sepatutnya boleh belajar dari perkembangan Gerakan Koperasi yang berlaku dalam negara ini. Ada koperasi yang mampu bertahan dari awal penubuhannya iaitu sama dengan pengenalan Gerakan Koperasi di negara ini dan ada koperasi yang berkubur akhirnya hanya setelah beberapa tahun didaftarkan dan menjejaskan kepercayaan orang ramai sebanyak
Koperasi Ladang Pekebun Kecil yang sangat berjaya hingga hari ini
sedikit terhadap koperasi negara ini. Banyak koperasi yang baru tubuh tidak mampu bertahan lama.

Monday, 11 November 2013

Koperasi Kredit Terbaik 2013

Koperasi Guru Melayu Kedah Berhad patut dijadikan contoh oleh mana-mana koperasi yang ingin jalankan aktiviti kredit. Koperasi ini didaftarkan pada 21 Januari 1950   dengan  jumlah keanggotaan kini seramai  13, 367 orang. Kejayaan koperasi dalam menjalankan aktiviti pinjaman kepada anggotanya patut dijadikan contoh dan lambang kejayaan koperasi guru di Malaysia.  Koperasi ini menyediakan berbagai jenis  pinjaman tanpa faedah dengan hanya mengenakan kos prosesan  sahaja.  Dengan sambutan yang baik daripada anggota, koperasi ini mampu memiliki banyak aset antaranya beberapa rumah kedai,  hotel, pusat dialysis buah pingang dan hospital bersalin. Faktor kejayaan koperasi ini juga turut di kongsi bersama dengan masyarakat setempat khususnya para pelajar miskin disekitar Kedah yang dijadikan anak angkat koperasi. Difahamkan, banyak koperasi yang telah datang melawat dan mendengar taklimat dari koperasi ini.
Atas kejayaan tersebut, koperasi ini telah dianugerahkan koperasi kredit terbaik tahun 2013 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia semasa sambutan Hari Koperasi Negara 2013 yang lalu.
Pejabat Koperasi Guru Melayu Kedah Berhad

YANG SAMA SAIZ DAN AKTIVITINYA.

Friday, 4 October 2013

Ke Arah Rakyat Yang Berdikari

Koperasi adalah satu badan yang mempunyai kuasa otonomii sendiri ( an autonomous association) yang anggotanya yang bersatu dibawah aktiviti koperasi untuk mencapai tujuan bersama (  to meet their common economic). Kita tahu koperasi milik anggotanya dan diurus secara demokratik, keputusan majoriti dan tiada individu yang paling berkuasa dalam koperasi.,
Jelasnya koperasi mempunyai 3 sifat iaitu
  • Dipunyai oleh anggotanya, yang keluarkan modal dalam bentuk saham dan simpanan (User-owned) – 
  • Anggota yang mengawal perjalanan koperasi mereka (User-controlled) –
  • Anggota yang akan mendapat faedah dari perkhidmatan atau aktiviti koperasi mereka (User-benefiting) – 
Isunya sekarang, adakah anggota faham akan tujuan dan faedah mereka berkoperasi. Ini perlu ditentukan pada peringkat awal penubuhan koperasi supaya mereka faham apa yang mereka sokong dan akan terus beri sokongan padu pada koperasi mereka. Kefahaman yang baik adalah penentu kejayaan koperasi mereka.
Perkembangan diseluruh dunia , kita dapat melihat sambutan orang ramai  terhadap gerakan koperasi ini sangat baik. Koperasi terlibat dalam semua aktiviti antaranya pengguna, kedai, supermarket, pertanian, nelayan, pendidikan dan bank. Gerakan ini juga disokong oleh kerajaan negara masing-masing kerana mereka tahu apa faedah yang koperasi berikan. Negara yang baik apabila rakyat mampu berdikari. Rakyat tidak perlu mengharap subsidi kerajaan untuk hidup.
(They are businesses that are owned and controlled by the people who use them and that return profits back to their members).

Friday, 20 September 2013

Kuasa Anggota adalah Penentu

KOperasi yang baik apabila anggota mereka mampu dan berjaya mengawal perjalanan koperasi mereka. Apa maksudnya kawalan oleh anggota terhadap perjalanann koperas mereka. Anggota itu berjaya mengawal koperas mereka jka:-
  • mereka secara bersama membuat polisi besar yang penting dan dasar untuk koperasi 
  • mereka juga boleh mengubah polisi dan dasar yang telah mereka luluskan
  • mereka juga yang melantik /mampu mengambil pengurus yang berkelayakan atau membuang pengurus yang korup
  • kesemua proses ini dibuat melalui kuasa mereka dalam mesyuarat agong
Soalannya ialah apakah jenis polisi yang penting , yang mesti anggota yang membuat keputusan tersebut. Anggota mesti membuat keputusan mengenai perkara penting dalam koperasi mereka terutama yang melibatkan kepentingan kebajikan mereka. Ingat, mereka juga adalah tuan punya koperasi. 
Diantara polisi penting yang mesti anggota tentukan telah ditentukan dalam Undang-undang Kecil Koperasi . antaranya ialah:-
  • Menentukan jenis aktivitii dan bagaimana aktivit tersebut mesti dijalankan (aturan aktiviti koperasi)
  • menentukan berapa kos yang patut anggota bayar, contohnya berapa faedah pinjaman yang anggota patut bayar untuk pinjaman yang anggota lakukan;
  • Jumlah hutang koperasi dan struktur modal koperasi,;
  • Menentukan syarat atau had kuasa lembaga;
  • Menentukan rebet polisi dan kadar dividen;
  • Jelaskan peranan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan koperasi 
  • menentukan hala tuju dan visi koperasi 
  • menentuka apa jens pelaburan yang sesuai dengan wang lebihan koperasi
Isu nya ialah sejauhmana setiap anggota menunaikan hak mereka ini. Adakah mereka tahu peranan mereka ini. Kebanyakan anggota kurang faham peranan mereka, biarkan sahaja kepada lembaga koperasi menguruskan koperasi mereka. Saya mencadangkan koperasi mesti menyediakan peruntukan untuk memberi kursus dan penerangan kepada semua anggota mereka mengenai hak dan tanggungjawab mereka dalam koperasi mereka. Ini cabaran koperasi pada masa depan.

Thursday, 8 August 2013

Koperasi Keluarga

Salam. Selamat hari Raya , maaf zahir dan batin. Bila suasana meriah ini, dengan keluarga berkumpul, teringat saya kepada peranan Koperasi Keluarga. Musim macam ni, banyak keluarga yang besar telah mengambil kesempatan menubuhkan koperasi keluarga. Mesyuarat agung dijalankan masa ini untuk memajukan ekonomi anggota keluarga. Ada yang bertanya , apa aktiviti koperasi keluarga ini. Banyak! Antaranya :-
  • menyatukan tanah-tanah anggota keluarga yang tidak ekonomik untuk dibincang bersama, dimajukan melalui koperasi keluarga
  • untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang lain, kerana setiap anggota keluarga mesti ada kemahirannya
  • menyuburkan semangat keluargaan yang ketal
  • perpaduan yang utuh dalam keluarga
Sebenarnya banyak lagi faedah, ialah bergantung kepada niat kita. Ni nak gi beraya lagi, sambung esok ye. Bye