Koerasi sudah sampai masanya untuk patuh kepada konsep syariah terutama segi produk yang akan ditawarkan kepada anggota-anggotanya. Koperasi perlu mengadakan majlis syariah masing masing yang dianggotai oleh mereka yang pakar dalam bidang ini' Majlis ini akan memberi nasihat dan arahan kepada lembaga koperasi. Koperasi mesti menyediakan tatacra untuk menjalankan konsep syariah ini. Saya rasa sudah sampai masanya SKM memberi nasihat dalam bidang ini. Berkat dalam kehidupan dengan diredai oleh Allah merupakan matlamat kita. Selan itu, nasihat juga boleh didapatkan dari Bank Negra yang telah mahir dalam bidang ini.
Monday, 3 March 2014
Monday, 17 February 2014
Kekuatan Anggota Adalah Kekuatan Koperasi
Ramai yang bertanya dimanakah sebenarnya kekutan sesebuah koperasi itu. Pada pandangan saya, kekuatan sesebuah koperasi itu bergantung kepada komitmen anggota-anggotanya, yang faham maksud mereka berkoperasi. Anggota merasai kepunyaan dalam koperasi tersebut. Ada komunikasi yang jelas antara anggota bersama lembaga koperasi, mereka sepatutnya saling memahami arah tuju koperasi mereka.
Kegagalan setiap anggota memainkan peranan dalam mengawal, berlanggan dan memberi modal akan membawa koperasi mereka lari dari sifat sebuah koperasi yang tulin. Anggota yang berkualiti akan memberi impak koperasi yang berkualiti.
Banyak contoh dimana jika anggota gagal memgambil tahu perjalanan koperasi mereka, hanya serah pada lembaga, koperasi mereka akhirnya lingkup, banyak hutang dan tak mampu nak bayar balik saham anggotanya. bayar dividen jauh sekali. Apabila mereka sedar, mungkin sudah terlambat untuk memulihkan koperasi tersebut.
Oleh itu, setiap koperasi kena memastikan:-

- setiap anggota terlibat dalam aktiviti koperasi
- wujudkan media komunikasi yang jelas, gunakan teknologi terkini
- wujudkan sistem maklumbalas yang berkesan
Sunday, 26 January 2014
Garis Panduan SKM
SKM dari masa kesemasa telah mengeluarkan garis panduan untuk menjadi panduan dan peraturan kepada Gerakan Koperasi, Garis Panduan yang dikeluarkan adalah selari dengan maksud Akta Koperasi. Garis Panduan ini menjelaskan bagaimana seksyen dalam Akta tersebut boleh dikuatkuasakan. Ianya akan menjadi panduan kepada gerakan koperasi dan juga pegawai penyelia dari SKM. Dalam Akta Koperasi, seksyen 86B menjelaskan kuasa SKM untuk mengeluarkan Garis Panduan :
86B. Kuasa untuk mengeluarkan arahan, garis panduan, dll.
(1) Suruhanjaya boleh mengeluarkan arahan, garis panduan, surat pekeliling atau notis
berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini termasuk perkara yang dinyatakan dalam Jadual yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kuat kuasa sepenuhnya kepada atau untuk menjalankan mana-mana peruntukan Akta ini.
Isunya ada koperasi yang berpendapat Garis Panduan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana ianya tidak diwartakan atau tidak dimasukkan dalam senarai kesalahan am dalam seksyen 91 Akta Koperasi. Pada pandangan saya kuasa SKM itu telah jelas mengikut seksyen 86B tersebut. Bahkan ianya telah banyak membantu koperasi yang pengurusannya jujur dan amanah, dan mendapat kepujian dari koperasi-koperasi tersebut. Mungkin , ada setengahnya garis panduan tersebut agaknya mengekang koperasi untuk berdaya maju, dan ini boleh dikaji semula. Saya cadangkan koperasi-koperasi ini memaklumkan semula kepada SKM garis panduan yang mana telah mengekang kemajuan koperasi mereka supaya dipinda, Beri cadangan bagaimana untuk meminda supaya menjadi garis panduan yang baik.

Thursday, 26 December 2013
Usul Koperasi
Setengah koperasi ada mewujudkan jawatankuasa penapis usul yang tujuannya adalah untuk menerima atau tidak usul yang telah dihantar oleh anggota untuk dibahaskan dalam mesyuarat agung koperasi. Soalannya perlukah usul anggota yang cukup notis 7 hari itu ditapis oleh lembaga koperasi. Pada pandangan saya , ini telah menafikan hak anggota tersebut bersuara dengan memberikan pandangannya dalam mesyuarat agung. Setiap usul yang cukup syarat mengikut peraturan koperasi hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat agung koperasi untuk dibahaskan dan diterima atau ditolak dalam mesyuarat agung itu nanti. Risaunya ialah , jika usul tersebut 'mengusik ' lembaga, sudah pasti usul tersebut ditolak dalam jawantankuasa penapis usul ini.
Oleh itu, setiap anggota koperasi cuba lihat amalan koperasi masing-masing, samada amalan yang bertentangan dengan prinsip koperasi ini telah diamalkan tanpa disedari oleh mereka.
Oleh itu, setiap anggota koperasi cuba lihat amalan koperasi masing-masing, samada amalan yang bertentangan dengan prinsip koperasi ini telah diamalkan tanpa disedari oleh mereka.
Monday, 2 December 2013
Memperkasakan Gerakan Koperasi
Apabila melihat kepada perkembangan gerakan koperasi di Malaysia, yang mana lebih kurang 20 % koperasi telah memberi sumbangan 80% jumlah perniagaan koperasi. Jelas ada yang tidak seimbang. Kerana 80% koperasi lagi masih kecil dan hanya menyumbang kepada 20% perniagaan koperasi, walaupun dari segi kuantiti koperasi itu adalah besar. Bayangkan jika , kita fokus 80% koperasi yang kecil ini, bantu mereka dengan naikkan jumlah perniagaan mereka, sudah pasti jumlah perniagaan koperasi di Malaysia akan meningkat naik dengan banyaknya.
Isunya kenapa 80% koperasi masih kecil jumlah perniagaannya. Banyak sebab, antaranya:-
Isunya kenapa 80% koperasi masih kecil jumlah perniagaannya. Banyak sebab, antaranya:-
- tiada komitmen anggota koperasi tersebut secara menyeluruh terhadap koperasi mereka
- modal perniagaan tidak bertambah
- saham mereka juga tidak bertambah
- mungkin semasa penubuhan dulu mempunyai niat yang tertentu, niat jangka pendik
- hanya mengharapkan bantuan kerajaan sahaja.
- cantumkan koperasi-koperasi yang kecil ini, buat pemutihan semula
- gerakankan rangkaian dan kerjasama antara koperasi,
- sediakan dan tambah dana pinjaman mudah untuk aktiviti koperasi
- naikkan program pendidikan anggota, program kesedaran
- semua pihak harus terlibat membantu.
- gerakkan koperasi besar sebagai pemangkin (mentor)
Thursday, 28 November 2013
Tribunal Koperasi
Pertikaian antara anggota dengan lembaga koperasi, ataupun dikalangan lembaga koperasi sendiri telah menjadi asam garam pengurusan sesebuah koperasi. Kerajaan telah menyediakan tempat rujukan untuk membantu menyelesaikan pertikaian tersebut iaitu melalui Tribunal Koperasi yang diletakan di bawah Suruhanjaya Koperasi.
Pada pandangan saya, jika tadbir urus koperasi baik dan telus, isu pertikaian ini kita boleh minimakan dan tidak membuang masa untuk pergi ke tribunal. Lembaga koperasi harus tanamkan semangat kerjasama yang kuat, selari dengan falsafah koperasi. Lagi pun malu pada anggota kita jika pertikaian ini menjadi buah mulut masyarakat.

Saturday, 23 November 2013
CARUMANAN KEPADA KUMPULANG WANG PENDIDIKAN
Sistem kewangan pengurusan koperasi di negara ini sangat baik dan menarik. Jika betul diuruskan, perkembangan gerakan koperasi dalam negra ini tidak memerlukan sumbangan kerajaan. Gerakan koperasi boleh berdikari sendiri melalui perbagai kumpulan wang yang ada mengikut Akta Koperasi. Salah satunya ialah Kumpulang Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang mana koperasi yang mendapat untung bersih melebihi RM50,000 kena mencarum dalam kumpulan wang ini, jumlah yang diambil dari keuntungan bersih koperasi tersebut. Dana ini akan membantu Gerakan koperasi dalam hal pendidikan koperasi, yang akhirnya akan memajukan perniagaan koperasi secara keseluruhannya. Dana ini sentiasa meningkat. Surat perintah untuk potongan tersebut yang perlu dipatuhi oleh Gerakan Koperasi, sila rujuk disini Tekan butang
Friday, 22 November 2013
Penyeliaan Berkesan
Ini adalah antara slide taklimat saya kepada pegawai baru Suruhanjaya Koperasi (SKM) yang akan bertugas sebagai penyelia koperasi, taklimat yang telah diberikan kepada kakitangan SKM<iframe src="https://docs.google.com/file/d/0B4vLvXOZHmwwYnpqVDJpZlJfNVE/preview" width="340" height="280"></iframe>
Wednesday, 20 November 2013
Konflik dalam koperasi
Konflik atau pertikaian antara sesama lembaga koperasi, atau antara lembaga koperasi dengan pihak pengurusan, ataupun pertikaian antara anggota koperasi dengan pihak lembaga koperasi bukannya perkara baru. Isu pertikaian ini telah berlaku sejak mula koperasi bertapak di negara ini kerana pertubuhan koperasi adalah pertubuhan yang dianggotai oleh manusia. Fikiran dan perasaan manusia yang menjadi anggota koperasi tidak sama antara satu dengan yang lain. Ini bermakna pertikaian isu dalam koperasi adalah perkara biasa. Cuma bagaimana isu ini dihadapi oleh mereka. Jika perpanjangan , maka berpecah belah hingga membawa kes ke Tribunal koperasi. Yang menang akan mendapat pampasan tetapi selalunya hubungan antara mereka sukar nak diperbetulkan balik. Kalau diselesaikan cara baik, sama dapat persetujuan, maka hubungan nya akan berkekalan dan koperasi pun jimat kos sebab tidak perlu pakai peguam yang mahal.
Melalui pengalaman , sebaik-baiknya pertikaian yang berlaku diselesaikan dengan baik, kaedahnya:-
Melalui pengalaman , sebaik-baiknya pertikaian yang berlaku diselesaikan dengan baik, kaedahnya:-
- kenalpasti isu tersebut secara jujur oleh semua pihak, dengan suci hati, niat hanya untuk memajukan koperasi
- Cuba usaha mencari persetujuan bersama atas isu tersebut, cuba kompromi
- Cari pilihan tindakan untuk mengatasi isu tersebut
- kawal emosi dan bertindak rasional
- Hormati semua pendapat dan menjadi pendengar yang baik
Sunday, 17 November 2013
Kumpulan Wang Likuiditi Koperasi
Likuiditi merupakan kelemahan utama yang perlu diatasi oleh koperasi untuk berkembang
•Pengalaman yang lalu
-1980an dan 1998 – Kerajaan terpaksa menyediakan soft loan untuk menstabilkan koperasi kredit dan koperasi pengambil deposit yang menghadapi masalah likuiditi. Kos menyelamat ini sangat tinggi jika krisis ini berulang.
Oleh itu penubuhan Kumpulan Wang Likuiditi Pusat (KWLP) adalah salah satu satu kaedah yang dirumus oleh kerajaan khasnya SKM bagi menyediakan kemudahan likuiditi kepada koperasi yang layak.
Dana ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kestabilan kewangan dengan menyediakan sumber pinjaman kepada koperasi
KWLP hendaklah daripada –
(a) caruman yang disumbang oleh koperasi;
(b) wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh SKM; dan
(c)wang yang dipinjam
(Seksyen 42 (1) dan (2) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007)
(d) atau dijana oleh SKM dengan mengeluarkan bon, debentur, stok debentur atau mana-mana sekuriti lain.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)