- Sebagai lembaga koperasi, kita mestinya sangat peka dengan keperluan dan masalah anggota kita. Lembaga mesti cari jalan membantu anggota kita yang terjejas.
- Sebagai anggota pula, ini masanya kita sama-sama membantu jika ada anggota lain yang bermasalah. Contohnya kita tambah lagi saham dan yuran kita supaya koperasi dapat menyediakan perkhidmatan kepada anggota kita yang terjejas dengan harga yang rendah. Motif keuntungan bukan tujuan kita.
- Lembaga hendaklah mengesan mana-mana anggota kita yang terjejas, gunakan laman web resmi koperasi sebagai media perhubungan.
- Semangat kerjasama telah menjadi prinsip asas kenapa kita berkoperasi. Kalau prinsip ini tidak diamalkan , pincanglah perjalanan koperasi kita. Kita tidak boleh mendakwa kita ini berkoperasi.
- Akhirnya , secara berkumpulan, kita jalainkan kerjasama antara kita , antara koperasi dan sama-sama memberikan pandangan kepada kerajaan.
Friday, 24 April 2020
Kesan kawalan pergerakan kepada aktiviti koperasi
Koperasi mempunyai objektif memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada semua anggotanya pada kadar harga yang berpatutan. Sudah pasti kawalan pergerakan semasa wabak convid ini akan memberi kesan kepada sebahagian aktiviti koperasi. Aktiviti yang terjejas antaranya pelancungan, perhotelan, pembinaan dan hasil kraf tangan. Ini kerana kita diminta duduk dirumah untuk mencegah wabak ini merebak. Namun begitu aktiviti kedai runcit, pinjaman , arrahnu dan kesihatan tidak terjejas sangat kerana aktiviti ini diklaskan sebagai keperluan. Apa sepatutnya kita sebagai lembaga dan anggota koperasi berperanan semasa ini:-
Wednesday, 11 September 2019
SAMBUTAN 100 TAHUN GERAKAN KOPERASI DI MALAYSIA
InsyaAllah , pada 21 September 2019 ini , Gerakan Koperasi Malaysia akan menyambut countdown ke 100 tahun gerakan koperasi di negara ini. Sambutan bersejarah ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri. Apa maknanya sambutan koperasi ini. Ada beberapa iktibar atau kejayaan yang boleh dilihat, antaranya:-
- gerakan koperasi di negara ini masih relevan dan terus relevan untuk membantu masyarakat, khususnya anggota koperasi
- gerakan koperasi telah menyelesaikan banyak masalah atau rintangan yang dihadapi oleh rakyat biasa, khususnya dikalangan anggota kerajaan. Aktiviti pinjaman telah membantu menyelesaikan masalah harian anggota koperasi
- gerakan koperasi telah memperbagaikan aktivitinya, dari pinjaman kepada lain-lain aktiviti seperti perladangan, pertanian, pelancungan dan peruncitan serta kesihatan
- ramai para belia telah mula menubuhkann koperasi dan aktif menjalankan aktiviti. Ada antara mereka berhenti kerjaselesa dibandar dan balik ke kampung untuk menjalankan aktiviti pertanian secara komersial melalui koperasi. Hasil mereka lumayan.
- para cerdik pandai juga telah menulis mengenai keperluan koperasi untuk membantu rakyat
- polisi dan dasar kerajaan juga telah mesra koperasi dan banyak program pembangunan terutama di kampung/luar bandar dijalankan melaluii koperasi
- gerakan koperasi tidak pernah menyasikan anggotanya bergaduh disebabkan perkauman...perpaduan adalah matlamat koperasi
- bumiputera , hususnya koperasi melayu islam telah banyak mengeluarkan produk-produk untuk dijual sebagai pilihan kepada pengguna islam
Banyak perubahan yang berlaku, dari 11 buah koperasi pada tahun 1922 telah meningkat kepada 14 ribu koperasi pada tahun ini, jumlah saham dan aset koperasi juga telah meningkat naik. Itu sebab kita bangga dengan pencapaian tersebut. .
Saturday, 25 May 2019
Mengawal Kos Sara Hidup Melalui Koperasi
Saya di jemput untuk menjadi salah seorang panel dalam forum ini, Berganding bahu dengan Dato Fattah dan Datuk Azih, orang hebat-hebat
Maksud tajuk tersebut, mampukah koperasi mengawal kos sara hidup. Mungkin untuk mengulas tajuk ni, saya kena terangkan konsep koperasi itu sendiri. Kita adalah tuan punya , kita yang mengawal dan mengurus, dan kita yang akan berlanggan dengan aktiviti koperasi kita sendiri. Kalau kita berjaya melaksanakan, kita berjaya mengawal perjalanan koperasi kita. Tapi koperasi tak mampu nak mengawal harga jika barangan input yang diperolehi koperasi tidak dapat mengawal. Untuk itu, keseluruhan rangkaian perlu dikoperasi kan. Ini bermula dari kilang yang mengeluar, distribution centre nya , pengangkutannya dan sampai ke kedai-kedai koperasi yang berada banyak diluar bandar seperti di felda2 dan kampong- kampong.
Saya rasanya kena bercerita apa yang telah dilakukan sekarang dan apa perlu dilakukan untuk akan datang.Setakat ini, ada ;ebih kurang 8 koperasi yang di;antik sebagai Pusat Pengumpul dan Pengedar (Distribution Centre) antaranya Kop Permodalan Felda, Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak (SKOMK) dan Kop Perwaja Kemaman. Isunya peranan DC ini tidak menyeluruh.
Maksud tajuk tersebut, mampukah koperasi mengawal kos sara hidup. Mungkin untuk mengulas tajuk ni, saya kena terangkan konsep koperasi itu sendiri. Kita adalah tuan punya , kita yang mengawal dan mengurus, dan kita yang akan berlanggan dengan aktiviti koperasi kita sendiri. Kalau kita berjaya melaksanakan, kita berjaya mengawal perjalanan koperasi kita. Tapi koperasi tak mampu nak mengawal harga jika barangan input yang diperolehi koperasi tidak dapat mengawal. Untuk itu, keseluruhan rangkaian perlu dikoperasi kan. Ini bermula dari kilang yang mengeluar, distribution centre nya , pengangkutannya dan sampai ke kedai-kedai koperasi yang berada banyak diluar bandar seperti di felda2 dan kampong- kampong.
Saya rasanya kena bercerita apa yang telah dilakukan sekarang dan apa perlu dilakukan untuk akan datang.Setakat ini, ada ;ebih kurang 8 koperasi yang di;antik sebagai Pusat Pengumpul dan Pengedar (Distribution Centre) antaranya Kop Permodalan Felda, Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak (SKOMK) dan Kop Perwaja Kemaman. Isunya peranan DC ini tidak menyeluruh.
Wednesday, 27 March 2019
Pembangunan Koperasi Mengikut Sektor
Sudah sampai masanya lanskap koperasi negara inii dibangunkan , diusahakan , dibantu mengikut sektor utama ekonomi. Sektor yang diutamakan ialah pemborongan, peruncitan, kewangan, kesihatan, pelanciungan, perladangan, pertanian dan hartanah. Dengan adanya pembangunan mengikut sektor ini, perancangan dan kawalselia kita akan lebih berfokus. Lanskap ini sebenarnya juga telah memberi kejayaan kepada gerakan koperasi di negara maju seperti jepun dan negara-negara di Eropah, yang telah meletakkan koperasi mengikut aktiviti utama dan dikumpulkan dalam bentuk konsortium atau federation. Contoh :
Kelebihan mengelaskan koperasi dalam kumpulan-kumpulan tersebut antaranya ialah
The Japan Agricultural Cooperatives (JA) Group is an organization consisting of farmers’ cooperatives, whose purpose is to protect and enhance agricultural management and the livelihood of farmers in the spirit of mutual assistance.The National Federation of Agricultural Cooperative Associations (ZEN-NOH) is in charge of the marketing and supply business of the JA Group. It seeks to connect producers and consumers, revitalize production centers, and preserve society and the environment. Through integration with prefectural-level JA federations in the course of organizational restructuring aimed at strengthening its business foundation, the ZEN-NOH Group has now 34 Prefectural Headquarters and one Prefectural Office nationwide
Kelebihan mengelaskan koperasi dalam kumpulan-kumpulan tersebut antaranya ialah
- koperasi akan lebih mahir dalam bidang utama mereka
- dapat jalinkan hubungan perniaagan sesama mereka
- dapat meningkatkan ekonomii bidangan
- pengurusan koperasi dan aktiviti yang lebih efisyen
- perancangan yang lebih terancag dan tersusun
- bantuan dan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan akan lebih berfokus
- faedah yang besar kepada anggota -anggota koperasi tersebut.
- meningkatkan kerjasama dengan koperasi luar negara
Bolehkah koperasi negara kita disusun , di gabungkan seperti yang dinyatakan di atas. Ini merupakan cabaran untuk kita pengamal koperasi untuk kita fikirkan dan laksanakan.
Saturday, 24 November 2018
Komunikasi Berkesan Dalam Koperasi
Salah satu faktor kejayaan sesebuah koperasi ialah komunikasi yang berkesan antara lembaga koperasi, pengurusan koperasi dan anggota anggota koperasi. Dengan adanya komunikasi yang berkesan, semua pihak tersebut dapat mengetahui dan memahami perjalanan dan isu isu yang dihadapi oleh koperasi mereka, dan boleh turut sama menyumbang idea untuk membantu kearah kejayaan sesebuah koperasi.
Apakah ciri ciri komunikasi yang berkesan dalam pengurusan koperasi, antaranya ialah
Apakah ciri ciri komunikasi yang berkesan dalam pengurusan koperasi, antaranya ialah
- memberi atau menerangkan fakta sebenar
- membincangkan dengan fikiran terbuka dan ikhlas
- tiada kepentingan peribadi, fokus kepada untuk mencapai matlamat penubuhan koperasi
- mengambil tindakan susulan, jangka pendik dan jangka panjang
- mengetahui tanggungjawab dan sempadan masing masing
InsyaAllah dengan adanya komunikasi yang berkesan tersebut, semua isu difahami diperingkat awal lagi dan boleh diatasi dengan segera. Sekarang ini, teknologi sangat penting digunakan selari dengan perkembangan semasa. Maklumat dan capaian hanya dihujung jari. Isunya adakah semua pihak tersebut boleh berkomunikasi seperti yang dinyatakan di atas.
Wednesday, 5 September 2018
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)
PERANAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA( SKM)
SKM merupakan agensi kerajaan yang melaksanakan dwifungsi iaitu pengawalseliaan dan pembangunan Gerakan Koperasi di negara ini. Seksyen 4 Akta SKM, memperuntukkan objektif SKM iaitu:
SKM merupakan agensi kerajaan yang melaksanakan dwifungsi iaitu pengawalseliaan dan pembangunan Gerakan Koperasi di negara ini. Seksyen 4 Akta SKM, memperuntukkan objektif SKM iaitu:
(a) merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh
dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;
(b)
menggalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya,
progresif dan mapan; dan
(c)
mengekalkan keyakinan dalam pergerakan koperasi.
Bagi mencapai objektif penubuhan SKM, kerajaan telah memperuntukkan kuasa-kuasa dan fungsi SKM seperti berikut:
(a)
untuk menggalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor
koperasi;
(b)
untuk bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan
mengawal selia koperasi dan sektor koperasi;
(c)
untuk menggalak dan mempromosi pembangunan koperasi dan
sektor koperasi yang kukuh dan teratur;
(d)
untuk memelihara nilai dan prinsip koperasi;
(e)
untuk mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi
menjalankan aktivitinya;
(f)
untuk mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi;
(g) untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan
apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh
Kerajaan Malaysia untuk koperasi;
(h) untuk menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan
dengan koperasi dan sektor koperasi; dan
untuk menjalankan
apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.
Sehingga tahun 2017, gerakan koperasi di Malaysia telah menyumbang perolehan sebanyak RM40.24 bilion iaitu peningkatan sebanyak 1.5% berbanding tahun 2016 (RM39.66 bilion). Manakala, jumlah syer anggota kopeasi ialah RM14.35 bilion, aset RM139.68 bilion dan keanggotaan 6.5 juta orang. Sehingga 30 Jun 2018, sebanyak 14,094 koperasi telah didaftarkan
Wednesday, 11 July 2018
Bengkel Penyeliaan Koperasi 2018
SKM telah mengambil inisiatif untuk memantapkan kemahiran pegawai pegawainya dalam menyelia koperasi. Usaha begini bertujuan untuk memberi fokus dan menyelia koperasi dengan menggunakan kaedah yang terbaik dan berkesan. Prosedur penyeliaan ini telah ada dan usaha SKM adalah untuk mengemaskini SOP dan cara kerja mengikut keadaan masa kini serta hala tuju masa depan. Harapan kita Gerakan Koperasi akan
- berjalan sepertimana tujuan penubuhannya
- berjalan dengan tadbir urus yang baik
- mematuhi Akta Kopersi dan undang undang kecil koperasi
- dapat memberi dividen dan rebet kepada anggotanya
- kurang pertikaian antara anggota dan lembaga
Saturday, 5 May 2018
KOPERASI PENGGUNA
Kita mempunyai hampir 6 ribu buah koperasi
yang menjalankan aktiviti pengguna di negara ini, khususnya kedai runcit dengan perolehan
hampir RM 1.2 BILION SETAHUN. Koperasi Pengguna dari segi definasinya adalah
milik anggota sendiri yang telah membayar saham dan menyimpan dalam koperasi sebagai modal perniagaan
koperasi. Anggota adalah pemilik, pengguna dan pemodal dalam koperasi tersebut.
Contoh koperasi pengguna selalunya adalah kedai koperasi yang dalamnya menjual
barangan keperluan anggota koperasi termasuklah barangan, perkhidmatan dan
barangan keperluan anggota sekeluarga. Kedai ini boleh dalam bentuk kedai
runcit, supermarket atau pasar mingguan dan borongan.
Banyak aktiviti koperasi pengguna yang boleh dijalankan, setelah mendapat persetujuan mesyuarat agung koperasi, ni
antaranya menjalankan aktiviti insuran, pembekalan barangan
input pertanian, barangan keperluan harian , barangan rumah dan sebagainya.
Perbezaan antara kedai milik sendiri dengan
kedai koperasi adalah kedai koperasi wajib
menyediakan perkhidmatan berkualiti dangan harga yang sesuai dan munasabah
kerana kedai tersebut adalah milik anggota sendiri. Kedai koperasi tidak sepatutnya menaikan
harga yang tinggi kerana itu akan menyusahkan anggota sendiri. Manakala kedai
bukan koperasi akan ada motif keuntungan yang berlebihan dan wujud kes untuk
menaikan harga barangan keterlaluan. Keuntungan atau lebihan yang ada di kedai
koperasi akan dipulangkan semula kepada anggota koperasi dalam bentuk rebat
langganan dan dividen atas saham mereka dalam koperasi. Ini semua akan memberi
tambahan pendapatan kepada anggota koperasi. Selebihnya koperasi akan simpan
untk membesarkan lagi perniagaan koperasi demi untuk membantu anggota koperasi.
Apabila perniagaan kedai koperasi maju dan
membesar, ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anggota koperasi.
Anggota koperasi boleh juga membekalkan produk kepada kedai koperasi mereka.
Didunia,
banyak contoh koperasi yang Berjaya dalam aktiviti pengguna ini, misalnya Jepun
yang mempunyai 28 juta anggota yang
terlibat dalam aktiviti koperasi kedai runcit ini, dan kedai koperasi telah
mnyumbang hamper 21 bilion US Dolar kepada KDNK Jepun. Mereka juga menggunakan
teknologi tinggi dalam pembelian barangan dan penghantaran barangan kepada
anggotanya.
Oleh itu kita sebagai anggota koperasi pengguna kena bantu koperasi kedai runcit kita dengan berlanggan dan memberi modal supaya sentiasa relevan dalam membantu meringankan kos sara hidup kita sendiri.
Friday, 20 April 2018
Sambutan Hari Koperasi Negara 2018
Pada 20 Mac 2018 yang lalu, di MITC Melaka telah berlangsung Sambutan Hari Koperasi (HKN) ini yang telah dihadiri hampir 10 ribu koperator. Majlis telah diresmikan oleh YAB Perdana Menteri. Tujuan HKN ini diadakan adalah untuk mengiktiraf koperasi dan peranannya dalam kemajuan negara. Gerakan koperasi adalah antara penyumbang kepada kemakmuran dan kesejahtreraan kepada rakyat dalam negara ini. Dengan jumlah perolehan mencecah RM 40 Bilion pada tahun lepas, sudah pasti kuasa gerakan koperasi tidak boleh dipandang ringan.
Dalam keadaan kenaikan harga barang yang sukar dikawal, koperasi telah diakui boleh memainkan peranan dalam membantu kerajaan mengatasi kenaikan atau menstabilkan kenaikan harga barangan ini Dana telah diperuntukan untuk membantu koperasi dalam program kedai harga patut yang dipunyai oleh koperasi
Oleh itu koperasi hendaklah kekal relevan, dengan cara :-
Dalam keadaan kenaikan harga barang yang sukar dikawal, koperasi telah diakui boleh memainkan peranan dalam membantu kerajaan mengatasi kenaikan atau menstabilkan kenaikan harga barangan ini Dana telah diperuntukan untuk membantu koperasi dalam program kedai harga patut yang dipunyai oleh koperasi
Oleh itu koperasi hendaklah kekal relevan, dengan cara :-
- kekal dengan konsep dan ciri koperasi. memahami cara pentadbiran berkoperasi
- mempunyai tadbir urus yang baik dan cemerlang. Tiada kepentngan diri
- tingkatkan rangkaian antara koperasi . Luaskan pasaran dan produk
- penggunaan teknolodi digital dan data maklumat yang besar
- fokus kepada bidang perniagaan yang utama
- tingkatkan penglibatan semua anggota koperasi
- ketulusan dan hebahan maklumat yang cekap dan meluas
- libatkan generasi baru/muda da belia sebagai pelapis
Tahniah kepada yang berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





