Wednesday, 25 March 2015

Kenapa Gerakan Koperasi Masih Lemah

Melihat kepada perkembangan Gerakan Koperasi kita, saya berpandangan gerakan kita masih lemah kerana pertumbuhan kita tidak menyeluruh kepada semua sektor terutama dalam sektor pertanian dan industri yang kurang penglibatan koperasi dalam aktiviti ini. Kita masih bermain aktiviti berskala kecil. Kita masih belum mempunyai supermarket koperasi yang besar dan efektif seperti supermarket fairprice di Singapura. Kita belum dapat menanam konsep jika murah dan bermutu mesti beli di kedai koperasi. Kita belum mempunyai majoriti  anggota yang bangga dengan koperasi meraka. Kita masih belum mempunyai anggota koperasi yang taat setia dengan kedai koperasi mereka seperti yang berlaku di Jepun misalnya. KENAPA?
Faktor utama , pada pandangan saya ialah kurangnya kefahaman atau jati diri anggota dalam memahami konsep koperasi yang sebenar. Tiada penghayatan yang mendalam mengenai konsep dan falsafah koperasi. Senang tergugat dengan niat penting diri. sudah sampai masanya setiap koperasi wajib sediakan peruntukan kursus ilmu dan aktiviti yang boleh menanam semangat jatidiri berkoperasi ini. Masukkan dalam belanjawan koperasi. Jika konsep dan falsafah berkoperasi ini terpahat kuat dalam hati setiap anggota koperasi, mereka sebagai anggota sudah pasti peka dengan kemajuan koperasi mereka. Kerana majunya koperasi mereka bermakna majulah anggota tersebut. Faktor -faktor lain antaranya ialah:-

  • orang ramai menyertai koperasi hanya dengan niat untuk mendapat perkhidmatan koperasi itu sahaja, misalnya hendak dapatkan pinjaman yang cepat tanpa kisah dengan caj yang dikenakan
  • tidak tahu bila mesyurat agung koperasi, tidak tahu hak mereka, 
  • tidak tahu pun dimana pejabat koperasi dan ada yang tidak tahu mereka itu anggota koperasi
  • kurang majlis ilmu untuk mereka memahami konsep koperasi ini. Koperasi sebenarnya juga adalah satu bentuk dakwah ke jalan yang baik.
  • pentingkan bilangan koperasi dari kualiti koperasi - rangka penyeliaan koperasi perlu di kemaskini
  • susah mencari  mereka yang bermutu untuk dianggap tokoh koperasi, yang boleh dikenali sepertima kenalnya kita kepada Prof Di Raja Ungku Aziz


Saturday, 28 February 2015

Isu Seksyen 37 Akta Koperasi


Seksyen 37 Akta Koperasi menyatakan . "Mesyuarat agung perwakilan Melainkan jika Suruhanjaya menentukan selainnya, tiap-tiap koperasi yang kawasan operasinya meliputi satu Negeri, meliputi dua Negeri atau lebih atau meliputi seluruh Malaysia hendaklah membuat undang-undang kecil yang memperuntukkan bahawa perwakilan di mesyuarat agungnya hendaklah 
(a) melalui perwakilan yang dipilih oleh anggota-anggota individu pada mesyuarat agung wilayah atau kawasan mereka; atau 
(b) melalui perwakilan koperasi-koperasi anggota, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Isu timbul bila dikatakan koperasi yang hendak diaftarkan di negeri yang kecil seperti Melaka dan Perlis perlu juga ke mengadakan mesyuarat perwakilan kerana operasinya meliputi satu negeri, walhal kawasannya kecil...
Pada pandangan saya, seksyen ini telah jelas memberi kuasa kepada Suruhanjaya Koperasi sendiri boleh menentukan keperluan untuk koperasi mengadakan mesyuarat perwakilan tersebut kerana ayat "Mesyuarat agung perwakilan Melainkan jika Suruhanjaya menentukan selainnya..." Ini bermakna tiada isu jika Suruhanjaya berpandangan anggota koperasi itu masih kecil biarlah Undang-undang Kecilnya berjalan macam mesyuarat agung biasa terlebih dahulu , tidak perlu kepada perwakilan. Semua anggota yang layak dan masih tidak ramai itu boleh hadir. Tetapi jika anggota koperasi itu dah ramai sangat dan jauh kedudukannya, Suruhanjaya boleh mengarahkan koperasi itu meminda Undang-undang Kecil untuk mengadakan mesyuarat perwakilan terlebih dahulu. Bagi saya tujuan mesyuarat perwakilan itu adalah untuk:-

  • untuk memberi semua anggota membincangkan kedudukan kewangan dan kemajuan koperasi secara lebih bermakna
  • akan menjimatkan masa perbincangan semasa mesyuarat agung tahunan nanti
Oleh itu , pada pandangan saya elok di kaji keperluan mengadakan mesyuarat perwakilan ini dalam  Undang-undang Kecil koperasi kerana yang sesuai sahaja kita  benarkan  untuk mengadakan  mesyuarat agung perwakilan ini. Saya risau ,jika diberi terlebih awal seperti amalan sekarang, dah lah anggota sikit buat juga mesyuarat perwakilan sudah pasti ada yang tidak kena...selain dari tektik untuk mengekalkan lembaga yang sedia ada untuk terus berkuasa.
Anggota hadir dalam Mesyuarat Agung untuk mengetahui perjalanan koperasi mereka.

Tuesday, 24 February 2015

ISU KOPERASI PERUMAHAN



ISU-ISU KOPERASI PERUMAHAN

•ANGGOTA LEMBAGA YANG TIDAK KOMPETAN 
DALAM MENGURUS PROJEK HARTANAH
•KEKURANGAN MODAL KERJA
•BIROKRASI MAJLIS TEMPATAN
•PENINGKATAN HARGA BAHAN MENTAH DILUAR KAWALAN
•KETIADAAN TANAH YANG SESUAI
•DEPOSIT LESEN PEMAJU
•TIADA KERJASAMA ANTARA KOPERASI




MENGATASI ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN

Semua mengeluh kerana harga barang tidak turun bahkan ada yang naik, sedangkan harga minya telah turun. Pengguna tiada kuasa untuk menurunkan harga barangan kerana kita tidak bersatu. Sudah samnpai masanya gerakan koperasi diperkasakan untuk menghadapi orang tengah yang mengawal harga barangan ini. Sebagai anggota koperasi, kita juga adalah pengguna. Tujuan utama penubuhan koperasi adalah untuk anggota koperasi mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan harga yang berpatutan. Koperasi-koperasi yang menjalankan kedai runcit hendaklah memainkan peranan penting, pastikan anggota koperasi berlanggan dengan kedai koperasi. Isu orang tengah pula sepatutnya telah diganti dengan peranan koperasi-koperasi pemborongan yang telah mendapatkan bekalan barangan secara terus dari kilang. Dengan harga yang murah, koperasi pemborong boleh menjual dengan harga yang murah kepada kedai runcit koperasi. Yang akhirnya dapat memberi keuntungan secara terus kepada anggota koperasi yang berlanggan di kedai koperasi.

KOPERASI PEMBORONGAN MAMPU MENGAWAL HARGA

Koperasi mampu mengawal harga kerana:-
  • kedai koperasi adalah milik anggota koperasi
  • kedai koperasi tidak akan menindas anggotanya
  • kedai koperasi dapat harga barangan yang lebih murah kerana membeli secara pukal

Friday, 17 October 2014

PENGANTUNGAN LEMBAGA KOPERASI

"Seksyen 47 Akta Koperasi menyatakan , Jika mana-mana prosiding dimulakan terhadap seseorang pegawai koperasi (anggota lembaga atau kakitangan)  berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka

 (a) Lembaga koperasi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi itu; dan

 (b) jika pegawai itu ialah juga pegawai Lembaga mana-mana koperasi yang lain, Lembaga koperasi yang satu lagi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi
pegawai koperasi yang satu lagi itu, dari masa dia mula-mula dipertuduh di mahkamah hingga selesai dengan muktamadnya prosiding terhadapnya, termasuk apa-apa prosiding selanjutnya dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apa-apa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak boleh menerima apa-apa saraan berkenaan dengan jawatan itu sepanjang tempoh penggantungan itu." 

Ini bermakna jika ada lembaga koperasi yang telah mula didakwa di mahkamah, maka lembaga hendaklah membuat keputusan mengantung anggota lembaga tersebut sehingga kesnya selesai di mahkamah. Tujuan gantung tersebut antaranya bertujuan :-
  • supaya anggota lembaga tersebut dapat menumpukan perhatian untuk membersihkan namanya
  • supaya koperasi tidak menghadapi masalah jika anggota lembaga tersebut disabitkan kesalahan
  • supaya menjadi pengajaran kepada semua kakitangan dan anggota lembaga koperasi berhati-hati dalam menguruskan koperasi mereka.

Thursday, 18 September 2014

Koperasi terbaik 2013

Diantara senarai koperasi yang terbaik pada tahun lepas, sempena Hari Koperasi Negara 2014 :-

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
- koperasi ini terlibat dalam berbagai pelaburan bernilai berjuta-juta ringgit

KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
- terlibat dalam aktiviti perumahan

KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti utama memberi pinjaman kepada anggota yang terdiri dari anggota tentera

KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti pembangunan tanah dan pemasaran input pertanian, serta kerja kontrak

KOPERASI NLFCS BERHAD
- aktiviti perladangan

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
- koperasi apex

KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti pelaburan, hartanah dan pinjaman

Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh
International Co-operative Alliance (ICA).



Sunday, 24 August 2014

Koperasi Sebagai Entiti PKS



KUALA PILAH, 23 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedia mengkaji cadangan mengiktiraf koperasi sebagai sebuah entiti yang didefinisikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi membolehkan koperasi menikmati pakej insentif dan keistimewaan setaraf dengan sektor PKS. Langkah ini sejajar dengan perkembangan aktiviti ekonomi koperasi berteraskan perniagaan sederhana kecil yang perlu disokong bagi meningkatkan daya saing mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Hari Koperasi Negara 2014 di sini.
 Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan. Hari Koperasi Negara bertema 'Memperkukuh Kerjasama Memperkasa Ekonomi' menyaksikan lebih 10,000 ahli koperasi seluruh negara dan pengunjung memenuhi Stadium Mini di sini. Muhyiddin turut menyeru Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengadakan kajian semula pencapaian Dasar Koperasi Negara 2011-2012 sejajar dengan kehendak persekitaran pasaran yang sentiasa dinamik.
 "Kajian semula ini perlulah mengambil kira perancangan dan pelaksanaan projek dan program pembangunan koperasi secara lebih agresif, inklusif dan komprehensif. "Ini termasuklah merancang peruntukan secukupnya dan menambah baik pakej insentif bagi memberi ruang dan peluang yang saksama untuk koperasi menceburi pelbagai bidang perniagaan".

Wednesday, 19 March 2014

Bagaimana nak meningkatkan perniagaan koperasi

Soalan yang sering ditanya , bagaimana kita sebagai lembaga koperasi berusaha untuk meningkatkan perniagaan koperasi. Apabila perniagaan meningkat, pendapatan koperasi akan meningkat, pulangan dalam bentuk rebet dan dividen kepada anggota koperasi juga akan meningkat. Pendapatan boleh belanja anggota koperasi akan meningkat. Permintaan dalamanan atas produk dan perkhidmatan juga akan meningkat..dan negara akhirnya meningkat KDNK kita. Makmur MALAYSIA. Bagaimana kita nak meningkatkan perniagaan koperasi ini. Antaranya , pada pandangan saya:=
  • koperasi mesti ada aktiviti utama yang mampu menyumbang kepada peningkatan pendapatan koperasi
  • aktiviti utama itu hendaklah mempunyai pelangan, pengguna yang ramai, atau mempunyai permintaan yang baik terutama dari kalangan anggota
  • koperasi mesti ada perancangan perniagaan yang baik, yang difahami oleh semua lembaga dan pengurusan koperasi
  • semua lembaga dan pengurusan kopeasi memahami dan sedar objektif perniagaan koperasi
  • paling utama, modal dan pengurusan kewangan yang baik
  • Peraturan / garis panduan koperasi dan proses yang jelas dalam kopeasi untuk setiap aktiviti
  • prinsip kerjasama antara koperasi perlu ditingkatkan
Sudah sampai masanya koperasi diurus secara profesional/ Lembaga memantau.


Friday, 14 March 2014

Dividen Bank Rakyat 15%

Bank Rakyat mengisytiharkan dividen tunai 15 peratus membabitkan pembayaran berjumlah RM446 juta kepada 950,000 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Pengagihan dividen lumayan itu susulan keputusan kewangan memberangsangkan yang dicatatkan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia itu, yang merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.13 bilion pada tahun lalu. 

Sepanjang 2013, bank merekodkan peningkatan 3.6 peratus atau RM2.05 bilion dalam baki pembiayaan kepada RM58.81 bilion. Pembiayaan konsumer pula bertambah RM2.62 bilion kepada RM52.85 bilion berbanding RM50.23 bilion pada 2012. 
Sementara itu, pemberian dividen 15 peratus itu adalah tinggi walaupun kurang satu peratus berbanding 2012 iaitu 16 peratus, ditambah dua peratus pemberian bonus kerana ia mengambil kira situasi bank dalam keadaan ekonomi semasa.

Monday, 3 March 2014

Harga Barang Naik ..apa peranan koperasi kita


 Pada pandangan saya inilah masanya koperasi menjalankan program kesedaran dengan anggota-anggota masing. Kumpulkan anggota-anggota koperasi dan kita memberi penerangan kepada anggota kita mengenai konsep jimat cermat dan berhemah berbelanja. Sebaiknya koperasi mencari jalan untuk berniaga dengan anggota mereka, dengan ini harga barangan boleh dikawal,